Pasaran masih luas...

12 April 2010

Wahai saudara saudariku sesama Islam. Bangkitlah dari tidurmu. Bangunlah dari mimpi. Sedarlah dikala anda sedang tidur, bangsa asing yang bukan islam sudah jauh meninggalkan anda maju ke hadapan. Adakah maruah sudah tergadai baru nak terjaga, tapi benarlah bak peribahasa melayu (orang melayu juga yang buat) sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna... Asal peribahasa ini mungkin menyedari bangsa kita memang terkenal dengan bangsa yang sangat kreatif dan akibat dikenali bangsa kreatif maka Melayu mudah lupa sesuatu walhal menjadi satu sikap yang telah sebati dikalangan Melayu dahulu kala. Iaitu tolong menolong...namun sikap tolong menolong sudah tidak ada dikalangan kita khususnya orang Islam. Inilah puncanya kita ditindas oleh bangsa asing kerana kita tidak menyintai produk kita iaitu produk islam sendiri.

Umat islam hari ini sepatutnya menyedari, untuk mengembangkan syiar Islam dan kekuatan Islam adalah dengan memberi sumbangan berbentuk duit, tenaga atau buah fikiran. Sumbangan andalah yang akan membangunkan islam itu sendiri selain meningkatkan martabat umat dari kekangan kuasa kuffar.

Tahukah anda ? Kenapa anda perlu joint sebagai wakil takaful?

  • Bilangan rakyat di Malaysia adalah 26 juta orang. Potensi pasaran masih luas.
  • 14 juta penduduk beragama Islam. So Takaful boleh diberi kepada mereka apa yang penting buka mulut.
  • 750 ribu orang Melayu memiliki insuran konvensional, so tugas sebagai wakil takaful agar dapat memberi maklumat tepat kepada umat Islam agar bertukar ke Takaful yang lebih bersih, suci dan halal lgi berkat.
  • Hanya 250 ribu sahaja yang memiliki takaful.
  • 13 juta lagi tidak memiliki takaful. Bayangkan jika 13 juta ini memasuki takaful sudah tentu syiar Islam makin bercambah.
  • Tahukah anda, bayi yang baru dilahirkan setiap tahun berjumlah 480 ribu orang.
  • Seramai 260 ribu bayi dilahirkan adalah bayi Melayu
So apa yang peranan anda, menjadi wakil takaful adalah pekerjaan mulia berbanding kerja lain...Fikirkan...

Read more...

Jika Caruman Anda Tertunggak Lebih Sebulan,Tuntutan Anda Akan Ditolak

11 April 2010

Sekadar ingin berkongsi dengan anda bahawa Etiqa Takaful kini telah mula menguatkuasakan tindakan jika Caruman takaful yang tertunggak lebih daripada sebulan bagi caruman setahun atau 15 hari lewat bagi caruman bulanan. Apakah kesannya? Ya, syarikat takaful sememangnya tidak mengenakan sebarang cas “interest” atau “panelty” ke atas pencarum jika lewat carum. Tetapi tindakannya menggantungkan semua manfaat yang dijanjikan seperti didalam polisi dan manfaat dibuka semula setelah tunggakan selesai. Ini bermakna, jika dalam tempoh tunggakan berlaku anda ditimba sebarang musibah, tuntutan anda tidak akan diterima.

Itulah yang berlaku kepada kebanyakan pelanggan kini. Saya sebagai wakil takaful secara peribadinya terasa agak kecewa kerana tuntutan di tolak namun saya terpaksa akur ia diluar kawalan dan tanggungjawab kami kerana tidak mampu memaksa pelanggan mencarum secara konsistan tanpa sebarang tunggakan. Tanggungjawab untuk menabung sambil berlindung setiap bulan adalah komitmen diri anda sendiri bukan wakil anda. Jadi jika anda tidak membuat caruman sebanyak satu bulan, syarikat masih menerima sebarang tuntutan. Tetapi jika caruman anda tertunggak sehingga 3 bulan ke atas, bagaimana? Adalah tidak adil jika anda menyalahkan wakil anda kerana tidak mengingatkan anda perkara tersebut. Anda sendiri semestinya menyedari berapa lama anda tidak mengagihkan wang gaji anda setiap sebulan untuk takaful. Anda mengetahui caruman takaful adalah satu “force saving” dan penting sewaktu kecemasan, bagaimana anda boleh mengambil ringan soal caruman bulanan dan mengharapkan orang lain atas tanggungjawab sendiri? Oleh itu, bertanggungjawablah di atas diri sendiri jika tuntutan anda di tolak. Anda boleh mendapatkan maklumat tunggakan anda di talian bebas tol 1300 135 135 sepanjang waktu berkerja.

Sebagai wakil, tanggungjawabnya adalah pemudah cara bagi urusan-urusan pengurusan.

Contoh di dalam kes ini, jika anda ingin membuat tuntutan, anda tidak perlu ke kaunter takaful dan menghantar tuntutan. Anda juga tidak perlu membuat sebarang “follow up” tentang tuntutan anda. Anda hanya perlu sediakan dokumen-dokumen yang diperlukan dan semuanya akan diuruskan oleh wakil anda. Jika Wakil maklum dokumen tidak lengkap, dan perlukan dokumen tambahan, mengapa mesti rasa marah dan leceh sedangkan anda sudah cukup dimanjakan dari awal anda menyertai takaful? Saya agak kecewa berdepan dengan pelanggan-pelanggan yang kurang bersyukur dengan perkhidmatan sepenuh masa wakil yang mereka terima. Ada masanya wakil juga harus bertegas agar pelanggan lebih hormat dan menghargai peranan wakil mereka. Dalam erti kata lain, jika caruman anda tertunggak atau Jika dokumen tidak lengkap jangan salahkan wakil anda tuntutan anda ditolak. Anda sebagai perserta takaful, sepatutnya memudahkan wakil anda dalam menguruskan tuntutan anda bukan melengah-lengahkan penyediaan dokumen yang diperlukan. Perlu diingatkan, jika dokumen tuntutan anda tidak lengkap, tuntutan anda tidak akan diproses. Adalah salah sama sekali anggapan syarikat takaful adalah penipu sekiranya anda adalah punca tuntutan anda digantung ke tepi. Dalam kekecewaan, saya tetap bersyukur kerana bukan semua pelanggan saya yang bersikap begitu. Ada juga yang dapat menerima berita tuntutan mereka ditolak akibat silap sendiri tidak mencarum secara konsistan dan berjanji akan membuat potongan bank setiap bulan. Peserta bijak begini lah yang perlu dicontohi. Masalah ini tidak akan timbul lagi! jadilah peserta yang bijak. Jangan cepat melatah apabila tuntutan anda ditolak dan terus ingin menutup polisi. Sekiranya anda teruskan caruman yang konsistan dan baik, kemudian tuntutan diminta lagi tiada masalah untuk anda memilikinya sepanjang tempoh polisi berkuatkuasa. Apakah beza dahulu dan kini? Kalau dahulu ( sepanjang 5 tahun yang sudah) syarikat kurang mengambil berat soal tunggakan dan tindakan terus membayar tuntutan walaupun anda tertunggak 2 tahun! Namun kini setelah berada di bawah naungan Maybank group, penguatkuasaan tindakan telah berjalan secara satu persatu. Oleh itu, saya sebagai wakil anda ingin mengingatkan anda berkenaan dengan isu ini. Tolong ambil perhatian. Harap anda lebih serius dan bertanggungjawab di dalam caruman bulanan takaful anda. Setakat ini dahulu perkongsian pada kali ini.

Read more...

Celik Mata Buta Hati

05 April 2010

Assalammualaikum

Baru-baru ini, minggu amanah saham telah diadakan di GIANT, berbagai-bagai karenah prospek dan masyarakat yang dapat saya perhatikan dan pelajari. Sedikit sebanyak dapat mempelajari ragam dan selok belok antara manusia yang benar dengan mereka yang bertopengkan manusia.

Bila ditanya, abang ada dah takaful? Jawapan sudah pasti ADA. Golongan ini samada ada atau tidak (saja nak mengelak) yang pasti mereka ini jenis kelam kabut...orang bz. Bz dengan hanya mencari gula risau gula habis kat GIANT atau mungkin ada urusan penting dan saya taklah nak siasat apasal nak rush...siapa saya ...kalau mungkin ditanya kepada golongan ni mungkin tak lain tak bukan hanya seorang jurujual...betapa dangkalnya orang cam ni...bukan semua...

Tetapi bila ditanya takaful apa ada? Katanya ada kat rumah...Ni lagi teruk...tak faham soalan...tanya apa plan diambil dia kata kat rumah. Memang jenis bayar bulan2 tetapi tak pernah ambil tahu polisi perlindungannya...Ni jenis mangkuk hayun...

Dah ada takaful? Takpe saya dah ada insurans *@#$^& , kawan saya approach saya dah lama ambik dengan dia. Bila ditanya insurans *@#$^& itu konvensional dia kata takper kawan punyer pasal. Ni bolehlah diistilah B*D*H otak letak kat lutut. Iman letak kat kaki...sebab dah tak tahu membezakan mana halal mana haram. Dah banyak sangat makan benda haram atau dah banyak makan budi kawan. Sorrylah yer kalau terasa...yang pasti aku dah lepas...ko ikutlah kawan ko tu ...

Melayu memang mudah lupa...

Read more...

Surat buat kakitangan kerajaan...

04 April 2010

Bilakah anda akan bersara atau bilakah anda akan pencen?

Mungkin sekitar umur anda 55 atau 58 tahun. Hari ini anda mungkin 25 tahun usia begitu mudah untuk jauh bersara. Mungkin tidak penting untuk anda merancang persaraan anda. Hari ini anda berbelanja RM50 sehari. Anda bergaya semuanya mewah...

Bayangkan umur anda sekitar 60 tahun setelah beberapa tahun bersara, mungkin anda ada pencen dan pencen anda mungkin dibayar separuh dari gaji anda...dan anda terpaksa berbelanja RM25 sehari. Tiada sudah baju berjenama, makan di luar. Anda kini terpaksa berjimat cermat di usia emas anda.

Tapi TAHUKAH ANDA? Saya boleh membantu anda untuk mengekalkan gaji anda walau anda pencen sekalipun. Nak tahu caranya...hubungi saya...

Read more...

Register Mayban2u.com.my

02 April 2010

Mungkin ada tertanya-tanya...guide semalam adalah untuk mereka yang dah sign-up maybank2u.com.my, hari ni saya akan bagi guide line untuk daftar dari ATM mesin...selamat mencuba...

I'm a Maybank customer with a Maybank ATM/credit card

  1. Go to any Maybank ATM.
  2. At the main menu, select Maybank2u Services.
  3. Select Maybank2u Application.
  4. Key in your own 6-digit Maybank2u.com Personal Identification Number (PIN).
  5. Key in the same PIN again to confirm. For security reasons, your PIN will not be printed on the receipt.

How to login

  1. Go to www.maybank2u.com.
  2. Select Login, then Login for new users.
  3. Read the Terms and Conditions carefully and click on the Accept button.
  4. The Welcome page will appear. If you do not see this page, your browser may need to be upgraded.
  5. In the Access Number field, enter the ATM/credit card number that you used to apply for your Maybank2u.com PIN at the ATM.
  6. Enter the 6-digit Maybank2u.com PIN that you selected and click Activate.
  7. A new login screen will appear. Select your preferred username and password. Please use this username and password for all future access.
  8. To pay bills with other credit cards (not Maybank), login and select 'Add/Remove Credit Card' under 'Payments'.

Read more...

Bagaimana cara-cara membayar caruman takaful keluarga secara online?

01 April 2010

Assalamualaikum semua,

Apa khabar? Tanpa disedari kita sudah berada ditahun 2010. Tidak ketinggalan untuk ucapan selamat tahun baru hijrah kepada semua pembaca yang dihormati.Atas keprihatinan saya, saya sediakan cara-cara untuk membayar caruman takaful bulanan anda secara online iaitu melalui Maybank2u. Untuk mendapatkan penyata yang terkini sila hubungi khidmat pelangan etiqa di talian 1300 135 135 agar ia dapat difaxkan secara terus kepada anda. Selamat Mencuba!

Step 1: To register bill payment (Optional)



1.Go to Online Bill Payment > Bill Registration
2.Choose Corporation Name: Etiqa Takaful Berhad Family
3.Click Next button.

1.Enter your policy number at Bill Account No. Section
NOTE: Ensure your policy number is starting with 3 alphabets following with 9 digits.
2.Enter the policy holder name at Bill Account Holder Name section.
3.Click register button.
The system will request for TAC number.


4.Click at Request TAC link.
NOTE: The TAC number will only be send to your maybank registered mobile number.


Enter the TAC number and click confirm button.

Your policy number has been registered once the status is successful.
Note: only 9 bill registration is allowed. You can now proceed for policy payment.
Step 2: Policy Payment
Go to Online Bill Payment > Registered Payment
Choose Corporation Name: as per your registered policy in step 1
Click Next button.

Enter policy amount and click Next button.
Check the policy info and click Confirm button.



Your payment has been made once the payment status is Successful.


To print receipt of payment, click the Print Receipt button.
NOTE: Pls keep this receipt as evidence of payment. Etiqa Takaful will only provide you statement of account on every 6 months.
-good luck!-

Read more...

Kenapa pentingnya Medical Card / Medic Saver?

04 Mac 2010

Jawapan sari saya ringkas sahaja. Samada wakil anda pernah memberitahu anda tetapi tidak menekankan hal ini kepada anda atau anda tidak mahu memilikinya kerana dengan memilikinya bajet bulanan anda lari. Ialah bertambah, baik ambil asas sahaja, janji ada takaful.

Wahai prospek ku kat luar sana, sukacita saya ingin maklumkan kepada anda, mengambil medic save atau kad perubatan tidaklah membebankan jika anda seorang yang bijak. Bijak bukan anda belajar di menara gading dapat bergulung-gulung ijazah tetapi bijak bagaimana mengurus risiko yang tidak diketahui bila masanya.

Kenapa anda perlu mengambil takaful?
Jawapannya sudah saya utarakan dalam perbincangan tempoh hari. Anda carilah sendiri dan baca.

Kenapa perlu ambil Medic Save walhal dah ambil takaful?
Tuan2,Puan2...cuba bayangkan jika anda terlantar di hospital dan memerlukan kos rawatan yang tinggi yang anda tidak jangka selama ini (risiko tanpa diundang) mahu tak mahu anda harus membayar takaful anda. Anda menjadi seorang yang baik agar tidak lapse membayar sumbangan anda. Malangnya takaful yang anda ambik tidak dapat membantu anda melainkan anda ada mengambil rider tambahan seperti manfaat hospital dan perlindungan 36 jenis penyakit atau medic save rider...Jadi fikirkan sebelum anda difikirkan kembali...

Read more...

Kanser Payudara di Malaysia – Faktanya

02 Mac 2010





Kanser Payudara di Malaysia – Faktanya Kanser payudara adalah kanser paling biasa keseluruhannya dan kanser paling biasa di kalangan semua wanita dari umur 20 tahun di Malaysia bagi tahun 2002 dan 2003 Kanser payudara paling biasa di kalangan kaum Cina, kemudian kaum India dan akhirnya kaum Melayu. Kanser payudara menyumbang 31% daripada jumlah kes kanser wanita yang didiagnosis pada tahun 2003. (30.4% dalam 2002) Kadar Piawai Umur (ASR) daripada kanser payudara di kalangan wanita ialah 52.8 per 100,000 orang pada 2002 dan 46.2 bagi setiap 100 000 orang pada 2003. Di kalangan kaum Cina, kadarnya lebih tinggi dengan 70.1 bagi setiap 100,000 orang, bagi orang India, ASRnya 61.7 bagi setiap 100,000 orang dan paling rendah di kalangan kaum Melayu dengan kadar 41.9 bagi setiap 100,000 orang. Pada 2003, kadarnya 33.9 bagi kaum Melayu, 59.7 bagi kaum Cina dan 55.8 wanita India. Seorang wanita di Malaysia mempunyai 1 per 19 kemungkinan menghidap kanser payudara dalam hayat mereka. Risiko kumulatif mendapat kanser payudara bagi kaum Cina, kaum India dan kaum Melayu adalah 1 per 14, 1 per 15 dan 1 per 24 masing-masing. Lebih daripada separuh daripada wanita yang didiagnosis dengan kanser berumur kurang daripada 50 tahun. Bagi bandingan, kanser yang kedua kekerapannya di kalangan wanita Malaysia pada 2002 & 2003 adalah kanser serviks yang menyumbang kepada 12% dan 12.9% masing-masing daripada jumlah kanser wanita. Statistik bagi Malaysia telah diperoleh daripada laporan Daftar Kanser Kebangsaan 2002 dan 2003. Dengan peredaran masa, corak kanser termasuk kanser payudara akan lebih nyata. Hanyalah dengan data yang tepat dan boleh diharapkan, keputusan mengenai rancangan serta polisi boleh dibuat untuk negara Malaysia. Anggaran oleh Agensi Antarabangsa untuk penyelidikan dalam kanser (Globocan 2000) melaporkan bahawa dalam tahun 2000, terdapat 3825 kes dilaporkan dan 1707 kematian akibat kanser payudara di Malaysia. Globocan 2000 menganggarkan secara kasar kadar kanser payudara di Malaysia sebagai 34.9 per 100,000 orang dengan ASR 41.9 per 100,000 orang.

Read more...

PENYAKIT-PENYAKIT KRITIKAL YANG DILINDUNGI DALAM POLISI ETIQA TAKAFUL

01 Mac 2010

Salam Buat Semua,
Untuk makluman semua, di bawah saya sertakan 36 jenis-jenis penyakit kritikal yang dilindungi di bawah Critical Illness rider yang boleh disertakan bersama-sama pelan Mesra,Prima, dan pelan-pelan simpanan yang lain.

TAKRIF

DIAGNOSIS - hendaklah bermaksud diagnosis definitif yang dibuat oleh Pakar Perubatan (seperti yang ditakrifkan di bawah) berdasarkan bukti khusus seumpamanya seperti yang diperlukan dalam takrif bagi setiap Penyakit Dilindungi seperti yang disenaraikan di bawah dengan disokong oleh bukti radiologi, klinikal, histologi atau makmal yang boleh kami terima.
Jika terdapat apa-apa keraguan tentang kesesuaian atau ketepatan diagnosis, kami akan membuat pemeriksaan semula ke atas Peserta/Orang yang Dilindungi dan/atau apa-apa bukti yang digunakan semasa membuat diagnosis tersebut, oleh pakar perubatan yang kami lantik dan pendapat pakar perubatan tersebut dalam diagnosis tersebut akan mengikat Peserta/Orang yang Dilindungi dan Kami.

PAKAR PERUBATAN – Hendaklah bermaksud pengamal perubatan yang berdaftar sepenuhnya, mempunyai kelayakan dalam bidang Perubatan Barat tetapi tidak termasuk pengamal perubatan yang menjadi Peserta/Orang yang Dilindungi itu sendiri, suami/isteri, saudara-mara, rakan kongsi perniagaan, rakan sekerja, rakan sekutu, atau pekerja dan/atau majikan Peserta/Orang yang Dilindungi.


PENYAKIT DILINDUNGI:

1. Penyakit Arteri Koronari
Dengan syor Pakar Perunding Kardiologi, menjalani pembedahan jantung terbuka bagi membetulkan arteri koronari yang mengecil atau tersumbat dengan graf pintasan. Bukti angiografi bagi penyakit sebenar hendaklah diberikan. Angiografi dan Pengkateteran Kardium dikecualikan.

2. Penyakit Arteri Koronari yang Serius
Pengecilan lumen bagi sekurang-kurangnya tiga arteri koronari dengan minimum tujuh puluh lima peratus (75%). Bukti angiografi bagi penyakit sebenar hendaklah diberikan.

3 Penggantian Injap Jantung .
Menjalani penggantian satu injap jantung atau lebih bagi rawatan penyakit injap jantung. Pembaikan injap jantung dan valvatomi dikecualikan secara khusus.

4. Pembedahan Aorta
Menjalani pembedahan bagi aorta yang berpenyakit yang memerlukan eksisi dan penggantian aorta yang berpenyakit dengan graf. Aorta di sini merujuk aorta toraks dan abdomen sahaja.

5. Kardiomiopati
Diagnosis tepat oleh pakar perunding kardiologi ke atas kardiomiopati yang menyebabkan gangguan fungsi ventrikel beberapa etiologi dan mengakibatkan gangguan fizikal ke tahap sekurang-kurangnya kelas tiga (III) atau kelas empat (IV) menurut New York Heart Association of Cardiac Impairment.

6. Ensefalitis
Inflamasi bahan otak yang teruk yang mengakibatkan sekuela neurologi yang ketara dan kekal seperti yang disahkan oleh Pakar Perunding Neurologi yang memuaskan persatuan/syarikat. Ensefalitis akibat jangkitan HIV dikecualikan.

7. Tumor Otak Benigna
Tumor bukan kanser pada otak. Sista, granuloma, malformasi dalam, atau pada arteri atau vena otak, hematoma dan tumor pada kelenjar pituitari atau spina dikecualikan.

8. Meningitis Bakteria
Diagnosis tepat oleh pakar perunding neurologi bagi Meningitis Bakteria yang menyebabkan inflamasi membran otak atau saraf tunjang yang mengakibatkan defisit neurologi kekal.

9. Penyakit Neuron Motor
Diagnosis tepat oleh pakar perunding neurologi bagi Penyakit Neuron Motor. Etiologi penyakit tidak diketahui dan ia dicirikan melalui kemerosotan yang progresif pada salur kortikospina dan sel tanduk luar atau neuron eferen bulba. Ini termasuk distrofi otot spina, palsi bulba progresif, sklerosis lateral amiotrofik dan sklerosis lateral primer.

10. Penyakit Parkinson
Diagnosis tepat oleh pakar perunding neurologi bagi Penyakit Parkinson Idiopatik (agitasi kelumpuhan) yang memerlukan rawatan dengan menggunakan prekursor dopamin.
Semua bentuk Parkinsonisma lain dikecualikan

11. Penyakit Aizheimer
Keadaan dementia prasenil yang disebabkan oleh kemerosotan atau hilang keupayaan intelek seperti yang dibuktikan oleh keadaan klinikal dan soal selidik piawai yang diterima, ujian atau kelakuan abnormal bagi Penyakit Aizheimer, dan gangguan degeneratif organik tak berbalik yang mengakibatkan penurunan mental dan fungsi sosial yang ketara untuk melakukan sendiri tiga daripada aktiviti kehidupan harian yang berikut atau lebih.

Aktiviti kehidupan harian adalah:

a) Bergerak dan Mobiliti – keupayaan untuk bergerak dari satu bilik ke bilik yang bersebelahan atau dari satu tempat ke tempat lain di dalam bilik atau duduk atau bangun dari katil atau kerusi tanpa memerlukan bantuan fizikal orang lain.
b) Kontinens: keupayaan untuk mengawal fungsi pundi kencing dan usus secara terkawal untuk menjaga kebersihan diri.
c) Pakaian – memakai dan menanggalkan semua bahagian pakaian yang perlu tanpa memerlukan bantuan orang lain.
d) Tandas – masuk dan keluar dari tandas, duduk dan bangun dari mangkuk tandas dan kebersihan diri yang berkaitan.
e) Makan – melakukan semua pergerakan untuk memakan makanan yang telah disediakan.

Bagi tujuan Manfaat ini perkataan “kekal” bermaksud tidak ada harapan untuk sembuh dengan pengetahuan dan teknologi perubatan semasa.
Penyakit neurosis dan psikotik dikecualikan.

12. Poliomielitis
Diagnosis tepat oleh pakar perunding neurologi bagi jangkitan virus polio yang menyebabkan penyakit lumpuh seperti yang dibuktikan melalui gangguan fungsi motor atau kesukaran bernafas.
Kes yang tidak melibatkan lumpuh tidak layak untuk menerima Manfaat ini. Punca lumpuh yang lain dikecualikan.


13. Sklerosis Berbilang
Diagnosis tepat oleh pakar perunding neurologi bagi Sklerosis Berbilang dan disokong dengan bukti klinikal bagi lebih daripada satu defisit neurologi yang ditentukan dengan jelas, dengan tanda berterusan yang melibatkan saraf optik, pangkal otak dan saraf tunjang serta gangguan koordinasi dan fungsi motor dan penderia, yang berterusan selama sekurang-kurangnya enam bulan.

14. Sindrom Apalik
Diagnosis tepat oleh pakar perunding neurologi bagi Sindrom Apalik (nekrosis universal pangkal otak masih baik). Keadaan ini hendaklah didokumentasikan secara perubatan sekurang-kurangnya selama satu bulan.

15. Lumpuh
Hilang secara kekal dan menyeluruh penggunaan dua anggota badan atau lebih. Bukti perubatan yang diterima bagi mengesahkan penyakit lumpuh itu hendaklah diberikan.

16. Koma
Keadaan tidak sedarkan diri tanpa tindak balas terhadap rangsangan luar atau keperluan dalaman yang berlaku secara berterusan, dengan penggunaan sistem sokongan hayat bagi tempoh selama sekurang-kurangnya sembilan puluh enam (96) jam dan mengakibatkan defisit neurologi kekal. Bukti defisit neurologi kekal hendaklah diserahkan mengikut kehendak Kami.

17. Hilang Keupayaan Diri
Pengesahan oleh pakar perunding perubatan bagi hilang keupayaan diri yang menyebabkan ketakupayaan kekal untuk melakukan sekurang-kurangnya tiga (3) daripada aktiviti kehidupan harian berikut:

Mandi, memakai pakaian, makan, keupayaan duduk atau bangun dari katil atau kerusi dan mengawal fungsi usus atau pundi kencing secara terkawal, sama ada dengan atau tanpa menggunakan kelengkapan mekanikal, peranti khas atau alat bantu atau alat penyesuai lain untuk orang hilang upaya.
Bagi tujuan Manfaat ini, perkataan “kekal” bermaksud tidak mempunyai harapan untuk sembuh dengan pengetahuan dan teknologi perubatan semasa.

18. Hilang Penglihatan
Hilang penglihatan secara kekal dan menyeluruh pada kedua-dua belah mata sama ada penglihatannya sudah dibetulkan atau tidak dibetulkan. Bukti perubatan yang diterima bagi mengesahkan hilang penglihatan hendaklah diberikan.

19. Hilang Pendengaran
Hilang pendengaran secara menyeluruh dan tak berbalik pada kedua-dua belah telinga. Bukti perubatan yang diterima bagi mengesahkan hilang pendengaran hendaklah diberikan.

20. Hilang Pertuturan
Hilang keupayaan bertutur secara menyeluruh dan tak berbalik disebabkan oleh kerosakan fizikal pada pita suara. Bukti perubatan yang diterima bagi mengesahkan hilang pertuturan hendaklah diberikan.

21. Kanser
Manifestasi tumor malignan, yang dicirikan melalui pertumbuhan dan perebakan sel malignan yang tidak terkawal dan invasi tisu. Istilah kanser termasuklah leukemia (selain leukemia limfositik kronik) dan penyakit Hodgkin. Diagnosis hendaklah disokong oleh bukti histologi bagi malignansi. Semua kanser kulit kecuali melanoma malignan, semua tumor yang diterangkan secara histologi sebagai pramalignan atau hanya menunjukkan perubahan malignan awal, kanser-in-situ, penyakit Hodgkin peringkat I dan kanser papilari pada pundi kencing dikecualikan.

22. Anaemia Aplastik
Kegagalan sumsum tulang yang didiagnosis oleh pakar hematologi sebagai aplastik yang mengakibatkan anemia, neutropenia dan trombositopenia yang memerlukan rawatan dengan salah satu yang berikut:

a) Pemindahan produk darah
b) Agen perangsang sumsum
c) Agen imunosupresif
d) Pemindahan sumsum tulang

23. Trauma Kepala Utama
Kecederaan kepala akibat kemalangan yang menyebabkan kerosakan serebrum (seperti yang ditunjukkan melalui teknik pengimbasan atau pengimejan moden dan disahkan oleh pakar perunding neurologi) yang mengakibatkan gangguan fungsian kekal dan keupayaan melakukan sekurang-kurangnya tiga daripada aktiviti kehidupan harian berikut tanpa bantuan:

Mandi, memakai pakaian, makan, keupayaan duduk atau bangun dari katil atau kerusi dan mengawal fungsi usus atau pundi kencing secara terkawal, sama ada dengan atau tanpa menggunakan kelengkapan mekanikal, peranti khas atau alat bantu atau alat penyesuai lain bagi orang hilang upaya.

Bagi tujuan Manfaat ini perkataan “kekal” bermaksud tidak ada harapan untuk sembuh dengan pengetahuan dan teknologi perubatan semasa.

24. Luka Terbakar Teruk
Luka terbakar Darjah Ketiga meliputi sekurang-kurangnya dua puluh peratus (20%)
Permukaan tubuh

25. Pemindahan Organ Utama
Menjalani pemindahan, sebagai penerima jantung (termasuk jantung mekanikal), paru-paru, hati, pankreas atau sumsum tulang.

26. Kegagalan Buah Pinggang
Peringkat akhir kegagalan buah pinggang disebabkan oleh walau apa jua sebab, ditunjukkan sebagai kegagalan tak berbalik kronik bagi kedua-dua buah pinggang untuk berfungsi, dan akibat daripada itu dialisis ginjal secara tetap digunakan atau pemindahan buah pinggang dijalankan.

27. Penyakit Hati Kronik
Diagnosis penyakti hati peringkat akhir seperti yang dibuktikan oleh semua yang berikut:

a)Demam kuning yang kekal
b)Asites; dan
c)Ensefalopati

Penyakit hati sekunder yang disebabkan oleh alkohol atau salah guna dadah dikecualikan.

28. Hepatitis Virus Fulminan
Diagnosis kegagalan hati yang dicirikan melalui nekrosis hati yang teruk yang disebabkan oleh virus Hepatitis Fulminan. Kriteria diagnostik berikut hendaklah dipenuhi:


a)Pengecilan saiz hati secara mendadak;
b)Nekrosis yang melibatkan keseluruhan lobul dan meninggalkan hanya rangka kerja yang merosot;
c)Fungsi hati yang merosot secara mendadak; dan
d)Demam kuning yang semakin teruk.

Walau bagaimanapun, diagnosis penyakit ini dikecualikan jika diagnosis tersebut disebabkan secara langsung atau tidak langsung oleh cubaan membunuh diri, keracunan, dadah melebihi dos dan pengambilan alkohol secara berlebihan.

29. Serangan Jantung
Kematian sebahagian daripada otot jantung (miokerdium) akibat daripada bekalan darah yang tidak mencukupi dan yang dibuktikan oleh :

a)Sejarah sakit dada tipikal yang berpanjangan; dan
b)Perubahan baru elektrokardiogeraf disebabkan oleh peristiwa ini; dan
c)Kenaikan paras enzim kardiak (CPK-MB) di atas paras yang secara amnya diterima oleh makmal sebagai tahap normal. Enzim kardiak atau biomarkers yang menunjukkan kenaikan signifikan menunjukkan peristiwa terbaru telah berlaku.

Diagnosis berdasarkan ujian Troponim T sahaja tidak diambil kira sebagai diagnostik serangan jantung. Diagnosis ischaemia dengan cara lain yang tidak disokong oleh kenaikan signifikan dalam enzim kardiak atau biomarkers akan terkecuali. Angina secara khusus tidak termasuk.

30. Penggantian Injap Jantung
Menjalani pembedahan jantung terbuka menggantikan atau memperbaiki injap jantung yang di akibatkan oleh kecacatan atau keadaan tidak normal injap jantung yang berlaku selepas tarikh pengeluaran atau tarikh dikuatkuasakan semula Polisi dan / atau Aneksur, yang mana terkemudian.Pembaikan melalui prosedur intra-arterial, valvotomi, pembedahan lubang kunci atau teknik serupanya tidak termasuk.

31. Hipertensi Pulmonari Arterial Primer
Bermakna hipertensi pulmonari primer dengan pembesaran yang banyak ventrikular kanan seperti yang ditentukan oleh penyiasatan termasuk katerterisasi kardiak, mengakibatkan kecacatan fizikal kekal tidak boleh pulih sehingga tahap sekurang- kurangnya Kelas 3 Klasifikasi Persatuan Jantung New York berkenaan kecacatan kardiak, dan mengakibatkan Hayat yang Diasuranskan tidak dapat menjalankan pekerjaannya dengan biasa.

32. Pembedahan Otak
Sebenarnya menjalani pembedahan otak semasa anestesia am apabila kraniotomi dilakukan. Pembedahan otak dan Bur Hole akibat kemalangan tidaklah termasuk.

33. Strok
Ditakrifkan sebagai kemalangan atau kejadian serebrovaskular yang menyebabkan sekuela neurologi yang kekal, telah berterusan selama tidak kurang dari enam bulan. Infarksi tisu otak, hemorrhage dan suatu embolus yang berpunca dari ekstrakranial adalah termasuk. Diagnosis mesti berdasarkan perubahan yang dilihat didalam CT Scan atau MRI dan disahkan oleh seorang Pakar Neurologi Perunding bertauliah.

Secara khusus dikecualikan adalah gejala cerebral akibat serangan iskemia sementara,sebarang defisit iskemia neurologikal boleh undur, sebarang serangan iskemia vertebrobasilar, tanda- tanda cerebral akibat migraine, kecederaan cerebral akibat trauma atau hypoxia dan penyakit vaskular memberi kesan kepada mata atau saraf optik atau fungsi vestibular

34. Lumpuh Paraplegia
Hilang secara menyeluruh dan kekal penggunaan kedua- dua anggota tangan atau kaki, atau satu anggota tangan dan satu kaki, kerana lumpuh akibat sakit atau kecederaan berlanjutan selama sekurang-kurangnya enam (6) bulan dari tarikh trauma atau sakit.

35. Penyakit Paru- Paru Kronik
Kegagalan respiratori peringkat akhir termasuk penyakit paru- paru intersitial kronik.
Kriteria berikut mestilah dipatuhi:

a)Memerlukan terapi oksigen kekal akibat hasil ujian FEV 1 yang tidak melebihi satu (1)liter.(“Forced Expiratory Volume” semasa saat pertama hembusan nafas secara paksaan); dan
b)Analisis Gas Darah Arterial dengan tekanan oksigen separa sebanyak 55mmHg atau kurang; dan
c)Dsypnoea semasa berehat.

36. Distrofi Otot
Diagnosis distrofi otot yang disahkan oleh Pakar Neurologi Perunding yang terdiri daripada kombinasi 3 daripada 4 keadaan yang berikut:

a)Sejarah ahli keluarga lain yang menghidapinya
b)Presentasi klinikal termasuk ketiadaan kekacauan deria, cecair normal serebro-spinal dan pengurangan kecil refleksi tendon
c)Karakteristik elektromiaogram
d)Pengesyakan klinikal disahkan oleh biopsi otot


Tiada manfaat akan dibayar dibawah Peristiwa yang Dilindungi ini sebelum Hayat yang Diinsurankan mencapai umur 12 tahun pada harijadi yang berikutnya

Read more...

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP