Isteri, ibu dan pekerja

27 Disember 2009

Wanita bekerjaya perlu pandai menyeimbangkan masa antara kerjaya dan keluarga.


LUANGKAN masa bersama anak-anak agar mereka tidak berasa dipinggirkan. - Gambar hiasan


WANITA dan kerjaya seringkali dikaitkan dengan bebanan kerja. Sehingga ada di antara mereka tidak terdaya lagi untuk menggalas kewajipan dan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu di rumah.

Dari pagi sehinggalah lewat petang, mereka sibuk merancang, mengurus dan membina masa depan empayar kerjaya. Ini membuatkan sesetengah urusan yang wajib dipikulnya di rumah dilepaskan kepada pembantu rumah.

Anak-anak dan suami pula merasakan diri mereka terabai gara-gara kerjaya yang dihambat oleh ibu dan isteri. Pengabaian dalam aspek kekeluargaan itu berkaitan tentang penjagaan, penyediaan makanan dan kualiti masa dengan anak-anak.

Soalnya, adakah wanita bekerjaya hari ini masih dihimpit masalah yang sama atau mengganggap pengurusan keluarga seharusnya dibahagikan sama rata dengan suami?

Bagi Puan Sri Maimon Arif Patail yang mempunyai kerjaya hebat, beliau menolak kenyataan bahawa wanita kerjaya seringkali mengabaikan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu.

"Sejauh mana bebanan kerja yang ditanggung, ia bukanlah penghalang untuk seseorang wanita kerjaya terlepas daripada tanggungjawab menjaga keluarga dan anak-anaknya," katanya.


PENTING bagi wanita bekerjaya memahami perasaan keluarga dan tanggungjawab yang harus dipikulnya. - Gambar hiasan


Beliau kini menyandang jawatan Pengurus Besar Bahagian Hal Ehwal Korporat Malaysian Mosaic Berhad (MML).

Menurutnya, berdasarkan peratusan pelajar perempuan di institusi pengajian tinggi hari ini yang lebih ramai daripada lelaki, wanita pada masa depan sukar untuk bergelar ibu sepenuh masa.

Katanya, sebalik tamat pengajian, pastinya graduan wanita tersebut akan menceburi kerjaya pilihan.

"Dalam keadaan ekonomi sekarang, tentulah susah bagi wanita untuk meninggalkan kerjaya bagi menjadi seorang ibu sepenuh masa. Sekiranya saya berani menjadi ibu sepenuh masa, saya akan lakukannya. Tetapi saya tidak berbuat demikian.

"Sebagai seorang ibu kepada dua orang cahaya mata, saya telah diajar untuk menjadi seorang wanita bekerjaya. Bagi saya, kerjaya tidak menjadi masalah kepada saya dan keluarga," katanya.

Katanya, apa yang beliau harapkan ialah setiap wanita yang bergelar ibu seharusnya belajar untuk berfikir dan memahami perasaan seseorang terutama anak-anak dan suami.

"Walau sibuk mana sekalipun, tanggungjawab yang harus dipikul semestinya diberi keutamaan dan dilaksanakan dengan jaya," ujarnya spontan.

Bergelar wanita berpengaruh mungkin boleh menggugat kualiti masanya bersama anak-anak. Mengulas soal itu, Maimon berkata, dalam mengendalikan hal melibatkan rumah tangga, beliau sentiasa percaya masa berkualiti penting dalam mengurus anak-anak dan suami.

"Sungguhpun hampir setiap hari bekerja saya pulang lewat, saya tetap berusaha untuk dapat menikmati makan malam bersama keluarga di rumah.

"Jika sempat, saya sendiri akan menyediakan hidangan makan malam tetapi jika sebaliknya, saya akan membelinya di kedai. Apa yang penting, kami sama-sama berpeluang menikmati hidangan malam sambil berkongsi berita yang berlaku pada waktu siang.

"Cara ini penting untuk merapatkan hubungan ahli keluarga selain saya dapat menunaikan tanggungjawab yang dituntut oleh keluarga.

"Tetapi hari Sabtu dan Ahad adalah hari memasak untuk saya. Kami akan meluangkan masa bersama di rumah sambil bergurau-senda," tambahnya.


WALAUPUN sibuk, ibu bapa seharusnya mengutamakan pemilihan menu yang sihat untuk anak-anak.


Bagi Maimon, seorang wanita yang berjaya jika hendak terus berjaya mestilah berusaha dari rumah.

"Kejayaan yang dicapai mestilah seimbang di antara karier dan keluarga," katanya ketika menjawab persoalan mengenai kualiti masa yang diberikan kepada keluarganya.

Dalam menjalani kehidupan yang penuh cabaran, Maimon berkata, ibu bapa sewajarnya mendidik anak-anak sejak kecil tentang pengurusan masa dan wang saku, membuat keputusan yang tepat dan penjagaan diri yang bijak sekiranya ibu bapa tiada di rumah.

"Nilai-nilai didikan yang sempurna bermula dari rumah. Ibu bapa seharusnya memberi kata-kata perangsang kepada anak-anak termasuk membuatkan mereka faham tentang kesibukan kerjaya yang dipikul oleh ibu bapa.

"Ini penting untuk mengelakkan rasa tidak puas hati anak-anak apabila ibu bapa kerap tiada di rumah kerana urusan kerja.

"Walaupun mempunyai pembantu rumah, ibu bapa tidak boleh melepaskan tanggungjawab 100 peratus kepada mereka," ujarnya panjang lebar.


MAIMON percaya masa yang berkualiti penting dalam menguruskan anak-anak.


Dalam kesibukan melunaskan tanggungjawab kerjaya pada setiap hari, adakah beliau masih menitikberatkan hal pemakanan anak-anak?

"Semuanya bergantung kepada keadaan memandangkan anak-anak saya sudah meningkat remaja.

"Namun begitu, ibu bapa perlu memahami cara pemilihan makanan anak-anak agar setiap pemakanan yang diambil dapat membantu meningkatkan daya ketahanan badan sekali gus mengembangkan daya kognitif mereka," katanya.

Read more...

Merancang kewangan keluarga

26 Disember 2009

Pada tahun 2009 tugas wanita untuk merancang bajet keluarga mungkin lebih mencabar.


"ORANG ramai masih boleh berbelanja, tetapi biarlah berpada-pada."


IBU kepada empat orang cahaya mata, Fazuliana Wari Dali, 36, tidak pernah gagal daripada tanggungjawab menguruskan perbelanjaan keluarganya.

Meraih pendapatan yang diperoleh daripada perniagaan lukisan, dia tahu cara yang betul menguruskan kewangan.

Menyedari anak-anak semakin membesar dan sesi persekolahan juga bakal bermula tidak lama lagi, Fazuliana lebih selesa menabung untuk kegunaan pada saat diperlukan.

Seperti tahun-tahun sebelum ini, dia masih membeli tiga pasang seragam dan kasut sekolah untuk tiga orang anaknya yang bersekolah. Sungguhpun isu kegawatan ekonomi sudah mula diuar-uarkan, Fazuliana masih belum merancang mengurangkan perbelanjaan isi rumah dan sekolah anak-anak.

Sebaliknya, dia sentiasa menasihati anak-anak agar sentiasa menjaga perilaku supaya kelengkapan sekolah boleh digunakan sepanjang tahun. Menerusi kaedah ini, dia boleh berjimat tanpa perlu membeli baju sekolah yang baru.

"Amalan berjimat cermat ini perlu diamalkan memandangkan harga barang kini semakin naik. Memang terasa apabila melihat harga barang tidak menentu. Jika sebelum ini peruntukan RM100 dapat memenuhi troli tetapi kini untuk mendapatkan barang yang sama, saya perlu berbelanja sebanyak RM250.

"Situasi ini bukan sahaja berlaku di pasar raya besar malah perang harga juga boleh dilihat di pasar borong. Jika masalah ini berterusan saya akan mengurangkan sedikit perbelanjaan supaya peruntukan perbelanjaan yang diberi suami setiap bulan sentiasa mencukupi," luahnya yang menjalankan perniagaan melalui Internet.


"SETIAP individu wajar mengamalkan sikap suka menabung."


Pengalaman selama 14 tahun bekerja di bank membuatkan Fazuliana memahami cara terbaik untuk menguruskan kewangan peribadi.

Tahun ini penuh dengan berita kurang enak mengenai ekonomi dunia. Malaysia dikatakan tidak terkecuali merasai tempias itu.

Menyedari perkembangan tersebut, kerajaan menyarankan supaya masyarakat mengambil langkah berjimat cermat. Pengguna perlu hanya membeli barangan yang diperlukan bukan kerana didorong hawa nafsu.

"Benar, jika diperhatikan di Internet dan media, kebanyakan berita yang disajikan menyatakan negara kita bakal menempuh situasi ekonomi yang tidak menentu pada tahun ini. Tapi, orang ramai jangan mudah panik dan bimbang kerana semuanya bergantung pada gaya hidup anda sendiri.

"Sekiranya amalan jimat cermat sudah diamalkan sejak dulu lagi dan menabung, maka isu kegawatan ekonomi bukanlah suatu masalah yang besar. Malah, tatkala krisis berlaku pun kita tidak akan terasa keperitan itu," jelas Pengarah Urusan Life Specialist Financial Planners Sdn. Bhd., Laila Johari yang menyatakan setiap individu wajar mengamalkan sikap menabung.

Justeru, Laila menyifatkan tahun ini merupakan tahun yang paling sesuai untuk orang ramai belajar menabung.




Jika sebelum ini sejumlah wang diperuntukkan membeli barangan berjenama, melancong ke luar negara atau menikmati hidangan di restoran adalah lebih wajar kita mengubah tabiat sedemikian.

Orang ramai masih boleh berbelanja, tetapi biarlah berpada-pada. Sebaik-baiknya bertukarlah membeli produk tempatan dan mengunjungi destinasi percutian dalam negara. Daripada membazirkan wang yang banyak untuk makan di luar, lebih baik sekiranya wang itu digunakan membeli bahan mentah dan makan di rumah. Dengan cara ini, sambil berjimat kita dapat meningkatkan keharmonian keluarga.

Selain menghakis sikap boros, obses menggunakan kad kredit juga harus dikawal.


"PENGGUNA perlu membeli hanya barangan yang diperlukan bukan kerana didorong hawa nafsu. - Gambar hiasan"


Elakkan memiliki kad kredit lebih daripada satu kerana penggunaan kad kredit bakal membuatkan si pengguna terpaksa membayar hutang yang tinggi.

"Saya juga tidak bersetuju sikap pengguna yang gemar membayar hutang kad kredit sebanyak lima peratus pada setiap bulan. Hutang yang selebihnya tertunggak dan beralih pada bulan seterusnya. Semakin banyak hutang kad kredit, semakin tinggilah kadar faedahnya.

"Bagi golongan ibu bapa yang memakai kad kredit, disarankan supaya mereka menggunakan kad itu untuk hal-hal kecemasan atau kesihatan yang melibatkan ahli keluarga saja. Elakkan membeli barang menggunakan kad kredit kerana kesannya amat buruk," ujarnya kepada Kosmo!.


FAZULIANA (tengah) sentiasa menasihati anak-anak supaya bijak menjaga kelengkapan sekolah.

Read more...

Berbalah kerana harta pusaka

25 Disember 2009

PENGALAMAN pahit yang saya lalui ini rasanya banyak berlaku dalam masyarakat kita, tetapi kita sering mengambil mudah dan menyifatkannya perkara itu betul, sedangkan ia tidak betul dan menyalahi hukum.

''Lebih malang lagi apabila kita ingin memperbetulkannya dan cuba menerangkan apa yang sepatutnya dilakukan kita pula dipersalahkan, dan dituduh mahu membolot harta pusaka yang dimilikinya.'' Demikian cerita Shazleena ketika ditemui baru-baru ini.

''Ramai kalangan anak-anak tidak mahu bertindak takut dituduh anak durhaka. Ayah saya sudah meninggal dunia lebih 20 tahun lalu, waktu itu saya dan tiga orang kakak dan abang saya telahpun berkahwin tinggal dua orang masih belajar.

''Hidup emak tidaklah susah sebab ayah tinggalkan sebuah rumah untuk emak dan adik-adik tinggal, emak dapat pencen ayah serta ada pendapatan dari dua buah rumah sewa di atas tanah pusaka yang ayah miliki.

''Waktu itu saya masih muda tak banyak tahu tentang proses harta pusaka dan sebagainya jadi saya tak ambil kisah. Lagi pun kami rasa sudah selesa mempunyai rumah sendiri, ada suami dan anak-anak kami rasa tak ada apa yang patut kami fikirkan.

''Sementara emak kalau pun makan hasil duit rumah sewa peninggalan ayah itu biarkan itu kerana harta peninggalan ayah itu memang sudah menjadi milik emak. Malah kami bantu emak setiap bulan sekadar yang termampu supaya emak boleh terus hidup senang walaupun ayah sudah tidak ada lagi.

''Kini, setelah lebih 20 tahun ayah meninggal, dan umur kami semakin meningkat sementara keadaan emak yang sering sakit, ditambah pula dengan masalah dari rumah sewa pusaka ayah di atas tanah pusaka yang dimikili ayah membuatkan saya sedar dan rasa keadaan dan kesilapan ini perlu diperbetulkan.

''Malangnya bila saya cuba berterus terang, dan menceritakan kepada emak apa yang sepatutnya dilakukan tentang harta pusaka ayah, emak sudah salah sangka terhadap saya, adik saya pulak yang selama ini menguruskan duit rumah sewa pun mula berbunyi menyalahkan saya, konon nak bolot harta emak.

''Masalah itu tidak di situ sahaja, malah adik cuba menarik perhatian adik-beradik yang lain dengan cerita salah. Akhirnya kakak saya bertanya apa hal saya cuba menyakiti hati emak. Setelah saya terangkan keadaan sebenar barulah mereka faham.

kehidupan

''Saya beri contoh atas apa yang berlaku dalam keluarga sepupu saya barulah mereka faham. Contoh mudahnya, setelah sepupu kami meninggal dunia, kehidupan anak-anaknya terbiar bila balunya kahwin lain. Ramai yang bercakap pasal hak anak-anak yatim yang tinggal kerana balunya lebih banyak menyenangkan hidup suami barunya daripada anak-anak sendiri. Sedangkan dia dapat pencen, insuran arwah suaminya.

''Selepas tiga tahun menjadi balu dia kahwin lain dan membeli kereta baru untuk suami barunya, sementara anak-anak yang masih bersekolah rendah sering mengadu tak berduit kepada neneknya. Nenek yang susah bertambah susah.

''Apa yang saya ingin ceritakan kepada mereka bahawa setelah ayah meninggal bukan semua harta pusaka yang ditinggalkan oleh ayah menjadi milik emak, sebaliknya lebih banyak kepada anak-anak, emak dapat satu perlapan sahaja. Tetapi apa yang berlaku dulu bukan bermakna emak makan harta yang tak betul, harta anak yatim, tetapi waktu itu kita tak tahu. Sementara emak melakukan seperti apa yang dilakukan oleh kaum wanita sebelumnya, nenek moyangnya dahulu. Dan kita anak-anak tak pernah salahkan emak sebaliknya membantu emak.

''Tetapi setelah kita tahu hokum hakamnya sekarang maka kita wajib betulkan. Sebab ditakdirkan emak meninggal dunia nanti, ia akan lebih memudahkan lagi pembahagian pusaka kepada anak-anak.

''Keadaan lebih teruk lagi kerana rumah sewa yang ayah tinggalkan di bina di atas tanah pusaka peninggalan ayahnya, yang kemudian diberikan kepada ayah dan kemudian ditinggalkan kepada kami.

''Masalahnya sekarang tanah yang dulunya tidak berharga kini menjadi amat berharga setelah kerajaan membina lebuh raya bersebelahan. Cucu cicit mula mempersoalkan hak mereka. Mereka memang berhak tetapi siapa yang boleh menguruskan perkiraan pembahagian harta pusaka itu cara yang betul, sebab anak dan cucu moyang semuanya telah meninggal dunia, kini yang tinggal cuma cicit-cicitnya sahaja.

''Lebih malang lagi dalam geran tanah tersebut tidak tersebut nama datuk apalagi nama ayah kami atau adik-beradik datuk yang lain. Yang ada cuma nama moyang kami. Takke parah itu! Menurut cerita moyang banyak tanah sudah diberikan kepada enam orang anaknya, yang ada sekarang hak datuk kami seorang yang kemudian diberikan pada anak-anaknya termasuk ayah kami.

''Tetapi disebabkan tidak ada nama datuk dalam geran yang usang itu, maka adik- beradik datuk yang lain, mengikut lojiknya juga berhak atas tanah tersebut. Bayangkan datuk ada enam beradik, setiap seorang ada beberapa orang anak, kemudian anak-anak tersebut telah mempunyai beberapa orang anak cucu. Parah! Memang parah!

''Sekarang macam mana kami boleh menolak tuntutan sepupu, dua pupu dan tiga pupu kami yang lain ke atas tanah yang ayah telah bina rumah sewanya. Kerana selama ini ayah beritahu, tanah seekar di hilir itu miliknya pemberian ayahnya, selebihnya seluas 5 ekar lagi adalah milik adik-adik ayah yang lain, setiap seorang dapat seeker.

''Zaman dulu orang tua-tua berikan tanah berdasarkan kepercayaan siayah kepada anak-anaknya. Zaman sekarang orang mahu lihat nama siapa yang tertera. Tak ada nama sesiapa pun boleh tuntut.

''Jadi siapa di kalangan cucu cicit arwah moyang kami yang mahu berusaha memecahkan kebuntuan ini. Mencari siapa yang lebih berhak supaya tidak ada pergaduhan, perbahalan dan rasa kecil hati? Manalah tahu ada yang marah bakar rumah sewa ayah.

''Kerana itulah juga saya tak mahu masalah berlaku dalam keluarga kami. Sekarang emak suruh adik kutip duit sewa rumah, ditakdirkan emak tak ada nanti kita tak mahu adik mengambil semuanya, kerana bukan haknya, kita tak mahu dia makan duit haram. Biarpun sedikit ia mesti diberi secara saksama dan dalam pengetahuan waris. Kecuali kita berikan hak kita kepadanya, kerana kesiankan dia.

''Rumah peninggalan ayah pun bukan milik emak sepenuhnya, ia juga menjadi milik kami anak-anak semua, jadi kami mesti mendapat pembahagian sewajarnya. Kalau pun adik mahukan rumah tersebut, ia mesti dinilai harganya kemudian dibahagi lima beradik. Baru betul! Saya bukan tamak tetapi menegakkan kebenaran supaya tak ada sesiapa yang berdosa memakan harta yang bukan miliknya.

''Tapi yang payahnya fahaman emak sendiri yang merasakan bila suaminya mati semua harta jadi miliknya. Nasib emak tak kahwin lain. Kalau dia ada suami baru macam mana kalau suaminya mahu memiliki semua harta peninggalan ayah. Bukankah itu salah dan berdosa namanya. Malangnya kejadian seperti ini masih berlaku dalam masyarakat kita. Dan sukar dihapuskan, tujuan saya paparkan masalah ini, supaya kita sama ingat mengingatkan, jangan jadi macam saya, kini mula dipandang serong oleh adik beradik sedangkan saya mahu mereka mencari kebenaran.'' Demikian cerita Shazleena.

Memang sukar membetulkan keadaan yang sudah lama berakar berumbi dalam diri kita. Terutama bila ada isu bersangkut ringgit dan sen. Sedangkan kita ingin hidup mereka selamat di dunia dan akhirat. Jasad diterima oleh bumi dan diterima ke langit

Read more...

PECAHAN UNTUK SIMPANAN & PELABURAN

24 Disember 2009

Dalam membuat simpanan & pelaburan, kita hendaklah menyimpan mengikut keperluan hidup kita. Bila sebut pasal keperluan hidup ini, manusia mempunyai 4 level keperluan hidup, iaitu :-

1) Keperluan asas seperti makanan, tempat tinggal, pakaian, kesihatan/perubatan, pengangkutan dan sebagainya
2) Keperluan jangka sederhana seperti pendidikan universiti
3) Keperluan jangka panjang seperti tabung persaraan
4) Kehendak / keinginan seperti melancong, rumah yang lebih besar, kereta yang lebih besar, pakaian yang lebih trendy, makanan yang lebih sedap dan sebagainya.
First 1/3 dari bajet simpanan (10%), perlu dibajet untuk melindungi KEPERLUAN ASAS anda. Kalau anda letak 10% dari gaji anda di bank atau ASB misalnya, adakah ia berupaya untuk melindungi keperluan asas keluarga anda, sekiranya semalam anda sudah meninggal dunia?
Contoh, gaji anda RM2,500 sebulan. Anda simpan RM250 sebulan untuk menjaga keperluan asas keluarga anda seperti belanja makan minum, tempat tinggal, pakaian, kesihatan / perubatan, pengangkutan dan sebagainya. Adakah ia mencukupi? Bagaimana kalau tak sampai 6 bulan, anda sudah meninggal dunia? Cukupkah simpanan RM250 x 6 bulan = RM 1,500 untuk melindungi keperluan asas keluarga anda?
Jawapannya, of course TIDAK! RM1,500 cukup untuk buat belanja kebumi anda sahaja. Sebabnya, kerana anda meletakkan 10% dari income anda tadi, ke dalam PRODUK KEWANGAN YANG SALAH! Meletak 10% dari income bulanan anda ke dalam bank atau ASB, TIDAK AKAN DAPAT MELINDUNGI KEPERLUAN ASAS KELUARGA ANDA.
10% tadi, sepatutnya diletakkan ke dalam insurans / takaful. Hanya produk kewangan ini sajalah, yang dapat MELINDUNGI KEPERLUAN ASAS KELUARGA ANDA.
Sebagai contoh, sekiranya anda berumur 35 tahun (tak kira lelaki atau wanita), dengan meletak RM150 sebulan ke dalam insurans/takaful, anda boleh mendapat jaminan tanggungan kerugian spt berikut :-
RM2,000 untuk khairat kecemasan (within 24 jam) untuk belanja kebumi
RM5,000 untuk khairat tambahan seperti upah haji, zakat dan sedekah.
RM300,000 harta pusaka untuk keluarga jika meninggal dunia apa jua punca
RM300,000 gantian-gaji jika lumpuh keseluruhan (lumpuh 2 anggota utama atau lebih)
RM60,000 gantian-gaji jika menghidap salah 1 dari 36 penyakit kritikal
Jadi, kalau anda perhatikan di sini, dengan pampasan insurans RM300,000 yang diberikan kepada anda jika anda lumpuh keseluruhan misalnya, wang tersebut jika dilaburkan-semula ke dalam investment yang mampu beri pulangan 10%, anda akan menerima dividen RM30,000 setiap tahun.
Dalam erti kata lain, dividen RM30,000 ini berupaya untuk mengganti-semula income RM2,500 sebulan / RM30,000 setahun yang anda miliki sebelum ini. Anda patut sedar, kalau semalam anda menjadi lumpuh keseluruhan dan tidak berupaya untuk bekerja lagi, MAJIKAN ANDA hanya akan bayar gaji maksima sampai 6 bulan sahaja (ikut peraturan Akta Buruh). Lepas tu, bye-bye-lah jawabnya. Macam mana nak survive lepas tu?
Anak isteri nak makan apa?
Untuk kakitangan awam yang ada pencen, mungkin akan terima 1/2 gaji dari gaji terakhir mereka. Kalau selama ni, dapat gaji penuh 100% pun, anda rasa macam tak cukup, bagaimana nak survive, bila income tinggal 1/2 sahaja kali ini? Ini belum cakap pasal kenaikan harga barang (inflasi) setiap tahun lagi ni…
Jadi, perkara sebegini-lah yang anda PATUT BERI PERHATIAN JIKA ANDA BENAR-BENAR MENG-UTAMAKAN KESELAMATAN & KEBAJIKAN KELUARGA ANDA. Jangan cakap saja lebih, kononnya anda memang utamakan kebajikan dan masa depan keluarga anda, tapi bila ditanya samada anda mempunyai perlindungan insurans yang SECUKUPNYA, anda berdalih atau geleng kepala?
Baki RM100 sebulan lagi (Bajet RM250 – RM150 = RM100), anda bajetkan untuk insurans perubatan bagi melindungi kebajikan anda dan anak-anak. Sekurang-kurangnya anda ada back-up tambahan untuk menampung kos perubatan yang mahal, bila berlaku kecemasan.
Bagi kakitangan awam, saya faham anda mungkin cakap, anda sudah ada kemudahan Wad Kelas 1 di hospital kerajaan, tapi izinkan saya tanya anda balik, ADAKAH ANDA MEMPUNYAI 1st PRIORITY bila berlaku kecemasan?
Maksud saya, bila sakit, adakah anda dapat admit ke wad terus, atau terpaksa menunggu 3-4 jam seperti orang lain dan hanya akan diwadkan jika penyakit anda serius & kritikal sahaja, sama macam orang lain?
Bila anda sakit kritikal seperti kanser, adakah anda menerima rawatan segera (operation & kimo), atau terpaksa tunggu giliran 2-3 bulan untuk dapat first appointment dan follow-up appointment yang entah tak tahu berapa bulan lagi baru dapat jumpa?
Bang, Akak, kalau dah sakit kritikal macam kanser ni, anda takde banyak masa nak tanggung tanggung rawatan ya. Kanser boleh tumbuh dan merebak 50% dalam masa 1 minggu saja! Boleh tunggu sampai 2-3 bulan?
Sebab itulah anda perlukan insurans perubatan, supaya jika berlaku kelewatan di hospital kerajaan, anda ada PILIHAN LAIN untuk dapatkan rawatan segera di hospital swasta lain.


———————————

10% lagi (dari income bulanan anda) boleh disimpan untuk keperluan jangka sederhana. Seperti keperluan pendidikan anak atau keperluan semasa ketika tengah sesak atau keperluan luar jangka.

Ye-lah, mana tahu nanti kereta rosak ke, accident ke, kena saman ke, ada lah duit nak bayar kalau ada simpanan untuk keperluan semasa.

Bajet ini, anda boleh simpan di bank, ASB atau Tabung Haji saja. Mudah untuk keluarkan semula jika diperlukan di masa hadapan.

———————————

10% lagi (dari income bulanan anda) boleh disimpan untuk keperluan masa depan anda seperti pendidikan universiti anak dan tabung persaraan anda.

Kalau anda mempunyai anak yang ramai (lebih dari 2 orang), anda perlu simpan 15% dari gaji anda untuk keperluan masa depan. Sebab kos universiti semakin mahal dari tahun ke tahun (inflasi 5% setahun).

Pelaburan untuk masa depan, boleh menggunakan produk kewangan seperti ASB, unit trust. investment-linked atau bursa saham, mengikut tahap toleransi anda terhadap risiko kerugian modal.

————————————-

Of course, bukan semua orang mempunyai perancangan kewangan yang memenuhi kriteria 1/3 disetiap bahagian. Tetapi, cubalah adjust dan perbaiki kewangan anda mengikut pecahan ideal ini.

Kalau anda dapat tingkatkan pecahan 1/3 kepada 1/2 untuk simpanan & pelaburan, adalah lebih baik.

Kalau anda dapat kurangkan pecahan 1/3 ke atas keperluan semasa & bayaran pinjaman, kepada 1/4 atau 1/5, lagi-lah bagus.

Maknanya, semakin bertambah income bulanan anda, semakin banyak simpanan anda dapat lakukan, dan semakin kurang pecahan untuk perbelanjaan semasa dan bayaran hutang.

Mempunyai perancangan kewangan yang ideal adalah sangat penting untuk masa depan anda kerana ia akan menentukan bagaimana anda akan hidup selepas bersara nanti (tempoh di mana anda tidak lagi bekerja, tetapi hanya berbelanja setiap hari). Anda perlu ingat, bila bersara, anda mungkin akan hidup 20-30 tahun lagi, TANPA BEKERJA! Bolehkah anda survive?
Atau tak sampai 2-3 tahun, wang KWSP dah habis kesemuanya?

Untuk maklumat lanjut, anda boleh berbincang dengan saya mengenai perancangan kewangan anda. Saya sedia membantu, tetapi harapan saya, janganlah sekadar bertanya saja tapi tak buat apa apa. Anda kena ambil tindakan yang betul, berdasarkan perancangan masa depan anda. Jadi cubalah lakukan yang terbaik, demi masa depan anda sendiri.

Read more...

Galeri Berita

23 Disember 2009

Dua rentung dalam kemalangan babitkan pacuan empat roda, pikap

RANAU: Dua rentung apabila kenderaan jenis pikap yang dinaiki bertembung dengan pacuan empat roda di Kilometer 14, Jalan Ranau-Telupid, kira-kira jam 10.15 pagi tadi.


Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Suhaimi Hashim, ketika dihubungi berkata, kedua-dua mangsa mati di tempat kejadian manakala dua penumpang pacuan empat roda berkenaan sempat keluar dari kenderaan.

Katanya, pacuan empat roda berkenaan dinaiki seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah dan pemandunya yang dikatakan dalam perjalanan ke Sandakan atas urusan rasmi.


"Identiti semua yang terbabit dalam kemalangan itu belum dikenal pasti," katanya di sini, hari ini.

Sumber http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Mutakhir/20091222173602/Article

..........................................................................................................................................................................

Mayat lelaki reput ditemui di Hutan Simpan Leila

SANDAKAN: Mayat seorang lelaki dalam keadaan reput ditemui di Hutan Simpan Leila di sini hari ini tetapi polis belum dapat mengesahkan sama ada ia mayat lelaki yang hilang di hutan itu sejak 17 hari lalu.


Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP Rosli Mohd Isa, berkata keadaan mayat itu yang ditemui dalam keadaaan hampir reput menyebabkan polis sukar mengenal pasti identitinya dan tidak menemui dokumen pengenalan diri.

Katanya, polis tidak dapat mengesahkan sama ada mayat itu adalah Lo Yin San, 72, ahli Kelab Sukan Man Woo yang hilang di hutan itu sejak 6 Disember lepas.


"Bagi mendapatkan pengesahan sampel DNA mayat lelaki itu dan dari ahli keluarga Lo akan dilakukan oleh pihak hospital bagi mengesahkan identiti mayat itu," katanya kepada pemberita selepas mengetuai operasi membawa keluar mayat tersebut.

Beliau berkata, orang awam menemui mayat lelaki itu dalam keadaan tersangkut di ranting kayu di tepi satu anak sungai di hutan dan kemudian memaklumkan kepada polis pada jam 3.15 petang.

Katanya, polis bersama bomba hanya berjaya membawa keluar mayat itu pada pukul 5.30 petang disebabkan lokasi mayat itu terletak jauh di dalam hutan iaitu kira-kira 1 kilometer dari jalan raya.

Rosli berkata, mayat lelaki itu yang hanya memakai seluar hitam kemudian dihantar ke Hospital Duchess Of Kent Sandakan untuk bedah siasat. - Bernama

Sumber http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Mutakhir/20091222194756/Article/index_html


Read more...

Krisis ekonomi: Orang kaya kini pilih rawatan di hospital kerajaan

22 Disember 2009

IPOH 24 Feb. – Krisis ekonomi global yang kesannya turut dirasai Malaysia memaksa golongan kaya di negara ini memilih untuk mendapatkan rawatan kesihatan di hospital dan klinik kerajaan sebagai langkah berjimat.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad berkata, dengan bayaran RM1, mereka boleh mendapatkan rawatan terbaik di hospital kerajaan berbanding kos jauh lebih mahal di pusat perubatan swasta.

“Kemelesetan ekonomi dunia sejak enam bulan lalu telah mengurangkan kuasa berbelanja rakyat negara ini termasuk keperluan kesihatan.

“Ini jelas apabila semakin ramai penduduk termasuk golongan kaya beralih mendapatkan rawatan di hospital dan klinik kerajaan,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Kesihatan Awam Negeri Perak Ke-3 di sini hari ini.

Menurut Abdul Latiff, pesakit yang berkunjung ke pusat rawatan kesihatan kerajaan bukan saja dirawat malah diperiksa dan diberi ubat secara percuma.

Beliau berkata, pesakit yang dimasukkan ke wad kelas ketiga hanya dikenakan bayaran RM3 sehari merangkumi bayaran untuk katil, ubat-ubatan, pemeriksaan doktor dan makan empat kali.

Katanya, bayaran tambahan RM500 hanya dikenakan kepada pesakit yang menjalani pembedahan.

Abdul Latif berkata, pesakit yang tidak mampu membayar pula boleh membuat rayuan bagi mengurang atau memansuhkan bayaran tersebut.

“Rayuan untuk mengurang dan memansuhkan bayaran hospital boleh dikemukakan kepada Pengarah atau Pegawai Kebajikan Sosial Perubatan di semua hospital seluruh negara.

“Hanya dua pegawai ini mempunyai kuasa untuk mengurang atau memansuhkan bayaran rawatan hospital bergantung kepada pertimbangan iaitu mengambil kira latar belakang dan kemampuan pesakit,” katanya.

-Sumber Utusan Malaysia

Read more...

Mengapa Perlunya Insuran?

21 Disember 2009

Muhammad Hisyam bin Mohamad ------ Fellow: 16/01/2007 -( Berita Harian )

Musibah adalah ketentuan daripada Allah s.w.t. Ia merupakan satu ujian atau cubaan ke atas umat manusia bagi menguji
tahap kesabaran mereka.

Ini dijelaskan oleh Allah s.w.t melalui firmannya di dalam surah al-Baqarah ayat 155-157 yang bermaksud:

"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan dan kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman.
Dan berilah khabar gembira kepada orang yang sabar [155].Orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata:
Sesungguhnya kami kepunyaan Allah dan kepada-Nyalah kami kembali [156].Mereka itulah orang yang dilimpahi dengan kebaikan dari Tuhan mereka
serta rahmat-Nya; dan mereka itulah orang yang mendapat petunjuk hidayah-Nya [157].

Ada kalanya musibah ini merupakan satu ujian yang berpunca daripada perbuatan manusia itu sendiri. Lantas Allah s.w.t menurunkan balanya agar manusia kembali sedar akan kesilapan yang mereka lakukan dan kembali mengamalkan apa yang dianjurkan oleh al-Quran dan as-Sunnah.

Hal ini dapat diperhatikan melalui firman Allah s.w.t di dalam surah ar-Ruum ayat ke-41 yang bermaksud:

Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar).

Sebagai hamba, kita perlu menerima ketentuan ilahi dan perlu pasrah kepada qada' dan qadarNya. Bagaimanapun ini bukan bermaksud kita perlu berdiam diri tanpa perlu berikhtiar untuk mengelak ia daripada terjadi atau mengurangkan risiko yang bakal menimpa jika berlaku.

Islam mengajar kita supaya sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya ujian ini. Dengan kata lain, tanpa persediaan awal, kita mungkin berhadapan dengan risiko yang lebih berat lagi kesan daripada ujian tadi.

Sehubungan dengan itu, risiko-risiko ini perlu diurus dengan bijaksana supaya kesannya dapat dikurangkan dan tidak memberi kesan yang mendalam ke atas ketahanan fikiran dan jasmani manusia.

Dalam hal ini, konsep takaful merupakan kaedah pengurusan risiko yang boleh diterimapakai untuk mengurangkan penderitaan yang bakal ditanggung akibat musibah yang mungkin melanda.

Risiko yang dimaksudkan di dalam konsep takaful merujuk kepada kerugian yang ditanggung akibat kehilangan atau kemusnahan harta benda (takaful am); dan perkara-perkara yang berkait dengan tubuh badan manusia seperti nyawa, penyakit dan sebagainya (takaful keluarga).

Bagaimanapun, bila kita membicarakan tentang persoalan yang berkaitan dengan perlindungan menerusi sistem takaful, kita lebih cenderung untuk memikirkan perlindungan ke atas diri dan nyawa. Kita lebih memikirkan untuk melindungi diri daripada penyakit-penyakit kritikal, perlindungan persaraan atau pendidikan anak-anak berbanding dengan keperluan untuk melindungi harta benda.

Risiko yang berkaitan dengan harta benda sekarang ini memang banyak. Kita perlu melindungi harta kita daripada kecurian, kebakaran, banjir, ribut, kemalangan, gempa bumi dan sebagainya.

Bukan bermaksud untuk mengatakan bahawa perlindungan takaful keluarga tidak penting, tetapi kita sebenarnya perlu mengimbangi pengurusan risiko agar ia merangkumi kedua-dua aspek iaitu nyawa dan harta benda.

Dalam kes bencana banjir yang sering melanda negara pada setiap penghujung dan awal tahun, penduduk rata-rata mengalami kemusnahan tempat tinggal dan harta benda. Premis perniagaan serta kenderaan juga tidak terkecuali. Bagi yang mengambil perlindungan takaful , mungkin mereka boleh mengemukakan permohonan untuk mendapatkan pampasan kepada syarikat pengendali takaful mereka. Manakala, bagi mereka yang tidak mempunyai sebarang pelan perlindungan, ia merupakan satu yang mendukacitakan.

Produk-produk takaful am seperti takaful kebakaran, takaful pemilik dan isi rumah (houseowner's and householder's takaful) merupakan antara produk-produk yang menawarkan perlindungan ke atas harta benda kita jika terjadi sebarang bencana seperti kebakaran, kecurian mahupun banjir.

Bagaimanapun produk-produk yang dinyatakan di atas hanya melindungi bangunan, rumah atau apartmen yang diperbuat daripada konkrit sepenuhnya. Ini merupakan satu kekangan kepada pemilik-pemilik rumah kayu terutamanya yang tinggal di desa-desa untuk menyertai skim takaful di atas.

Rumah sebagaimana yang kita tahu adalah satu keperluan. Rumah yang selesa berperanan dalam mewujudkan satu persekitaran kehidupan yang positif kepada warganya. Ini bertepatan dengan maksud hadis berikut:

Daripada Saad r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Empat perkara yang membawa kebahagiaan iaitu isteri yang solehah, rumah kediaman yang luas (lapang), jiran yang baik dan kenderaan yang selesa". (Riwayat al-Baihaqi).

Mungkin sudah tiba masanya bagi pengendali takaful untuk memikirkan produk yang sesuai bagi para pemilik rumah kayu melindungi harta benda mereka daripada bencana-bencana yang biasa melanda negara seperti banjir ini.

Bagaimanapun pada masa yang sama, masyarakat perlu meningkatkan kesedaran dengan mengambil tahu cara-cara yang terbaik untuk mengurus risiko. Perlindungan takaful merupakan satu cara yang terbaik yang boleh digunapakai kerana ia selaras dengan kehendak syariah.

Memang kita mengakui bahawa tidak semua jenis kerugian itu dapat diatasi secara seratus peratus. Sebagai contohnya, kesan emosi atau trauma yang dialami akibat kehilangan harta atau kematian orang tersayang amat sukar untuk ditukarganti dengan pampasan wang ringgit. Bagaimana melalui pampasan yang terdapat di dalam konsep takaful , ia sekurang-kurangnya dapat mengurangkan kesan kerugian serta tekanan emosi yang terpaksa ditanggung oleh mereka yang ditimpa musibah ini.

Apa yang penting ialah perlu ada keseimbangan di antara pengurusan risiko ke atas nyawa / diri dan perlindungan risiko ke atas harta benda.

Akan tetapi kesedaran untuk menyertai takaful terutama di kalangan masyarakat Melayu beragama Islam masih lagi rendah.

Menurut Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Mohd. Razif Abdul Kadir, pada masa ini jumlah rakyat Malaysia yang memiliki insurans, hanyalah 44 peratus sahaja.

Jika ditinjau dari sudut penyertaan skim insurans konvensional, hanya 5-8% sahaja kaum Melayu mempunyai perlindungan insurans. Mungkin isu-isu yang berkaitan dengan syariah merupakan sebab utama orang Melayu kurang berminat untuk membeli insurans konvensional.

Apa yang peliknya, penyertaan mereka untuk mendapatkan perlindungan takaful juga rendah. Ini yang dikatakan kesedaran kepentingan untuk bertakaful masih lagi belum menjadi satu keutamaan di kalangan orang Islam di Malaysia.

Mungkin kesedaran untuk mendapatkan perlindungan secara Islam ini perlu diasuh dari peringkat kecil lagi di mana kempen-kempen perlu dimulakan di peringkat sekolah rendah atau menengah. Tidak pun ia dimasukkan ke dalam kursus-kursus perkahwinan bagi memberi kesedaran tentang peri pentingnya untuk bersedia menghadapi sebarang kemungkinan bagi mereka yang ingin memasuki alam rumahtangga dan memulakan keluarga sendiri.

Surah Al Hajj ayat 40-41, Allah berfirman bermaksud:

Sesungguhnya Allah menolong sesiapa yang menolong Agama-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Gagah, lagi Maha Perkasa. Iaitu mereka yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh berbuat yang makruf serta mencegah perbuatan yang munkar. Dan kepada Allah sahajalah kembali segala urusan.

Surah An Nur bilangan ayat ke 55 bermaksud:

Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Dia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: Khalifah-khalifah yang berkuasa dan Dia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Dia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka.

Read more...

INSURAN BUKAN UNTUK MENGHASILKAN KEUNTUNGAN

20 Disember 2009

Ramai orang menyangka,apabila membeli insuran ini, kita hanya mendapatkan keuntungan kalau dapat pampasan insurans dan jika tidak berlaku apa-apa, kita akan mengalami kerugian pula. Faktor untung rugi ini sering mempengaruhi keputusan pembelian insurans. Apa yang perlu tahu insurans direka bukan untuk menghasilkan keuntungan sebaliknya untuk menutup kerugian dari segi kewangan akibat sesuatu perkara. Dalam erti kata lain, insurans berfungsi untuk mengembalikan keadaan kewangan anda kepada keadaan yang tidak rugi sepenuhnya (neutral).

Sebagai contoh, anda membeli insurans perubatan yang melindungi kos perubatan anak sehingga had RM50,000.00. Apabila anak di rawat di hospital dan kos perubatannya memakan belanja RM 15,000.00 anda mungkin terpaksa menebus simpanan sedia ada, atau menjual harta benda. Jika tidak berduit anda terpaksa berhutang pula. Bukankah ini merugikan kewangan anda?

Dengan adanya insurans perubatan, ia akan membiayai kos perubatan jumlah RM 15,000.00 tersebut kerana kerugian yang anda alami hanyalah setakat itu sahaja. Syarikat insurans tidak memberi anda RM 50,000.00 sekali gus, kerana ini akan memberi anda keuntungan pula.

Begitu jugalah keadaannya jika anda memiliki dua polisi insurans perubatan dari dua syarikat berlainan. Anda bukan dapat menuntut RM 15,000.00 dari setiap syarikat insurans, sebaliknya kos perubatan RM 15,000.00 tersebut akan dikongsi bersama-sama kedua-dua syarikat insurans.

Bagaimana pun bagi faedah-faedah asas seperti faedah kematian, hilang upaya kekal dan penyakit kritikal, ia akan dibayar sepenuhnya mengikut bilangan polisi insurans yang anda miliki. Ini kerana kerugian yang anda alami, diukur dari segi kehilangan sumber pendapatan yang tidak terhad sepanjang kehidupan anda.


Petikan artikel dari Ringgit & Sen(Siri Belajar Insurans)
Penulis artikel:Azha Syazri Hj Azizan

Read more...

Bagaimana melindungi 100% gaji anda dengan simpanan 10%?

19 Disember 2009

Jika anda bergaji RM 30 000 setahun, dengan menyimpan 10% gaji, faedah kewangan yang akan anda perolehi adalah :
  1. RM 2000 diberi sebagai belanja pengebumian. Ini dipanggil sebagai khairat kematian
  2. RM 5000 diberi sebagai upah haji / wang sara hidup sementara mendapat claim insurans / surat hak tadbir kuasa
  3. RM 300 000 diberi jika meninggal dunia. Wang in adalah di sebut sebagai warisan gaji. Duit ini apabila dilaburkan di saham amanah denganpulangan 10%, ia memberikan pulangan RM 30 ribu setahun selama mana andahidup. Modal masih belum terusik. Kebajikan keluarga dan masa depan mereka masih terbela.
  4. RM 300 000 jika lumpuh kekal keseluruhan. Wang ini adalah disebutsebagai warisan gaji.Duit ini apabila dilaburkan di saham amanah denganpulangan 10%, ia memberikan pulangan RM 30 ribu setahun selama mana andahidup. Modal masih belum terusik. Kebajikan keluarga dan masa depan mereka masih terbela.
  5. RM 50 000 diberi jika anda disah menghidap penyakit kritikal. Wangini sebagai wang pemulihan. Apabila mengidap penyakit kronik, andamungkin memerlukan 3 bulan – 2 tahun untuk memulihkan kembali penyakittersebut, sebelum anda boleh sambung bekerja. Duit ini adalah sebagaiwang sokongan semasa dalam pemulihan. Pelaburan bulanan akan diteruskansecara PERCUMA sehingga anda berumur 80 tahun.
  6. Simpanan Hari Tua, jika tiada tuntutan besar dibuat. Pelaburan iniadalah pelaburan berlandas Syariah dengan pulangan purata 9 % setahun.
Dengan tindakan anda menyimpan 10% gaji di tempat yang tepat yang memberikan manfaat kewangan yang maksimum, anda telah menjaga kebajikan kelurga anda dari bencana kewangan, sekiranya anda tidak mampu bekerja lagi.

Read more...

Simpan 10% untuk melindungi 100% gaji

18 Disember 2009

Simpan sedikit – sedikit lama – lama jadi bukit. Perumpamaan ini telah menjadi darah daging dalam masyarakat Malaysia dalam mendidik tabiat suka menyimpan dari kecil. Mengikut pengarang buku ‘ The Richest Man in Babylon ‘ , beliau menyarankan agar anda menyimpan 10% setiap kali anda menerima gaji / wang. Hikmah disebalik saranan ini adalah, wang simpanan anda akan berkembang dalam jangka masa panjang.

Saranan ini memang masih boleh diguna pakai dalam zaman melenium ini. Persoalannya sekarang adalah, di mana anda perlu menyimpan ? Di rumah kah ? Di bank kah? ASB kah ? Banyak pilihan dan setiap instrumen kewangan memberikan faedah tertentu kepada para penyimpan.

Jika anda menyimpan 10% dari gaji anda di ASB, maka sudah tentu dalam tempoh 20 tahun akan datang anda akan mempunyai satu jumlah wang yang sangat besar. Jika anda menyimpan 10% di bank, anda masih perolehi wang yang banyak dalam tempoh 20 tahun, tetapi kurang dari apa yang diperolehi di ASB, kerana pulangan yang diberikan di ASB adalah lebih tinggi berbanding bank simpanan.

Cuma masalahnya adalah, simpanan anda di ASB atau bank, tidak memberi jaminan dimana simpanan anda akan berterusan sehingga 20 atau 30 tahun akan datang. Jaminan apa ? Jaminan di mana anda akan tetap menyimpan secara tetap setiap bulan di ASB / bank sehingga 20 tahun akan datang. Secara logiknya, selagi anda mampu bekerja, anda akan mampu menyimpan 10% gaji anda di ASB / bank. Itu kalau anda masih bekerja. Tetapi…

Tetapi, jika anda sudah tidak mampu bekerja, mampukah anda menyimpan 10% gaji anda setiap bulan ? Kenapa tidak, selagi anda mampu bekerja anda mampu menyimpan. Apa sebabnya yang anda tidak mampu bekerja ? Majikan gulung tikar ? Cari majikan lain. Kos kenaikan bahan api / perbelanjaan harian ? Jimat dan potong perbelanjaan yang tidak perlu..nak anda masih boleh mengekalkan simpanan anda 10% setiap bulan. Apa lagi yang tak kena ?

Sedar atau tidak, setiap manusia/keluarga akan menglami suatu peristiwa besar dalam kehidupan mereka iaitu KEHILANGAN SUMBER PENDAPATAN AKIBAT RISIKO KEHIDUPAN. Apa risiko kehidupan itu ? Ya, meninggal dunia, lumpuh akibat penyakit / kemalangan, dan menderita penyakit kritikal. Inilah risiko kehidupan yang akan membuatkan anda tidak mampu bekerja selamanya. Jadi, mampukah anda mengekalkan simpanan 10% gaji anda setiap bulan ? Bagaimana mungkin, perbelanjaan sara hidup keluarga, perbelanjaan rumah / kereta, perbelanjaan sekolah anak – anak, simpanan persaraan, perbelanjaan perubatan, wang saku kepada ibu bapa – AKAH HILANG SELAMANYA.

75% pesakit kanser tidak tahu mereka mengidap kanser sehingga stage 4 ( peringkat terakhir ), kematian akibat kemalangan setiap tahun menjangkau 4 angka setiap tahun..ribuan angka serangan strok yang mengakibatkan lumpuh kekal…RIBUAN keluarga hilang tempat bergantung dan hilang PUNCA PENDAPATAN dalam sekelip mata…anda sendiri pasti terbaca kejadian seumpama ini di dalam akhbar harian..pasti berlaku setiap hari…

Cuma kita tidak tahu..bila giliran kita akan tiba…

Maka dengan itu, simpan 10% gaji anda ditempat yang betul dan tepat yang dapat memberikan manfaat kewangan berganda kepada anda. Simpan 10% gaji/sebulan, yang dapat melindungi dan membekalkan 100% dari gaji anda kepada keluarga selama 20 – 30 tahun, sekiranya anda tidak mampu lagi bekerja akibat meninggal dunia / lumpuh kekal.

Apabila pencari nafkah meninggal dunia, masalah yang akan dihadapi adalah :

1. Belanja Pengebumian Jenazah ( dalam kes meninggal dunia ).
2. Wang sara hidup sementara menunggu surat tadbir kuasa. ( dalam kes
meninggal dunia ) Walau pun si suami meninggalkan wang dalam
bank /KWSP/ ASB, ia mengambil masa beberapa bulan untuk mendapat hak mengambil wang tersebut. Anda perlu menunjukkan
dokumen2 yang kadang kala tidak masuk akal bagi membuktikan status pewaris.
3. Wang sara hidup untuk 20 – 30 tahun akan datang. PENTING!!!
4. Masalah hutang kepada manusia ( bank ) / Allah ( hutang zakat )
5. Wang pendidikan masa depan anak
6. Simpanan Persaraan ( Hari Tua )

Read more...

Bagaimana suami boleh wariskan gaji berterusan kepada isteri dan keluarga sekiranya meninggal dunia atau lumpuh kekal

17 Disember 2009

BENCANA KEWANGAN

Setiap keluarga yang ditimpa bencana kewangan, pasti merasai hidup yang amat perit. Bencana kewangan adalah suatu keadaaan dimana keluarga tersebut kehilangan Pencari Nafkah tunggal dalam keluarga akibat dari RISIKO KEHIDUPAN seperti meninggal dunia, lumpuh, menderita penyakit kronik dan maut/lumpuh akibat kemalangan.

Ini kerana Pencari Nafkah ( selalunya si bapa ), tidak lagi mampu mendatangkan GAJI BULANAN seperti selalunya di atas ketidakmampuan bekerja lagi. Bagaimana anda rasa jika gaji anda lambat masuk atau ditahan sebulan atau dua bulan ? Pasti anda rasa susah kerana hendak perancangan anda bulan tersebut akan terjejas. Susah bagi anda utk menjelaskan hutang tepat pada waktunya, wang sara hidup, barang dapur, pendidikan anak – anak ( tusyen , buku2 ), dan bermacam2 lagi perkara akan TERJEJAS akibat ketiadaan gaji anda pada bulan itu.

Bayangkan jika gaji tersebut TIDAK AKAN MUNCUL LAGI BUAT SELAMANYA..!!!

Bagaimana waris anda atau isteri hendak meneruskan kehidupan menyara anak – anak ? Ya isteri boleh bekerja..tetapi sampai bila ? Bolehkah isteri anda mengembalikan gaji anda seperti dahulu ? Kalau isteri yg sememangnya bekerja membantu suami, bagaimana anda hendak menampung kehidupan akibat dari GAJI SUAMI yang sudah tidak ada lagi ??

Anda mungkin mempunyai wang simpanan, tetapi berapa lama ia dapat bertahan ? 1 tahun? 2 tahun ?

WARISKAN GAJI ANDA KEPADA KELUARGA SEBELUM TERLAMBAT!!!!!

KETAHUI CARA MEWARISKAN GAJI ANDA KEPADA KELUARGA APABILA ANDA DITIMPA RISIKO KEHIDUPAN….

Simpan 10% untuk selamatkan 100% gaji anda pada masa depan…

Anda ada KWSP, rumah, simpanan untuk diwariskan kepada keluarga, tetapi anda lupa untuk WARISKAN GAJI ANDA KEPADA KELUARGA TERSAYANG …agar ia berterusan sekiranya anda pencari nafkah keluarga tidak mampu lagi bekerja..

Read more...

Berapa banyak wang perlu anda simpan ?

16 Disember 2009

Sekadar berkongsi ilmu pengetahuan dalam financial planning seperti yang pernah dibincangkan dalam kursus FP yang pernah saya hadiri
Ada pendapat (dari FP Cina) menyatakan, untuk menyusun perancangan kewangan yang sesuai dengan kehidupan kita, anda boleh menyusun ia seperti bagaimana anda menjalani hidup anda sekarang.
Sebagai contoh, dalam 1 hari (24 jam), anda menghabiskan masa 8 jam untuk tidur / berehat. 8 jam untuk bekerja dan 8 jam lagi untuk aktiviti semasa seperti bersukan, berhibur, belajar dan sebagainya. Dalam erti kata lain, anda membahagikan masa anda kepada 3 kategori utama, iaitu

1/3 untuk tidur / berehat
1/3 untuk bekerja
1/3 untuk aktiviti semasa

Dalam perancangan kewangan pun begitu juga, menurut pendapatnya. Setiap kali kita menerima income, pengurusan kewangan kita, terbahagi kepada 3 kategori utama, iaitu :-

1/3 untuk simpanan & pelaburan
1/3 untuk bayaran hutang pinjaman
1/3 untuk keperluan / tuntutan semasa

Sebab itulah, kalau kita tengok bila bank hendak meluluskan permohonan pinjaman kita, mereka mengukur kemampuan anda berdasarkan bayaran ansurans TIDAK BOLEH LEBIH dari 1/3 gaji bersih anda.
Of course, dalam kehidupan sebenar, anda boleh adjust sedikit nisbah di atas, untuk menyesuaikan diri seperti 30% untuk simpanan & pelaburan, 35% untuk keperluan semasa dan 35% untuk bayaran hutang. But roughly, itulah pecahan yang ideal dalam perancangan kewangan.

Sumber http://rancangwang.wordpress.com

Read more...

Saya halalkan hutangnya dunia akhirat

15 Disember 2009

ADA wang abang sayang, tak ada wang abang pun melayang! Itulah kata-kata yang sering kedengaran apabila dikaitkan dengan kehidupan wanita 'si pisau cukur' yang gemar mengikis harta dan wang ringgit lelaki berada.

Bukan senang hendak senang, begitulah ibaratnya hidup. Terperangkap di dalam masalah hutang dan tidak dapat keluar daripada cengkamannya merupakan bencana yang amat besar dalam hidup seseorang.

"Berhutang jangan, memberi hutang pun jangan," itu pesanan Shakespeare.

Tetapi dalam beberapa perkara dan hal kita perlu berhutang. Tidak dapat dielakkan terutama ketika dihimpit kesusahan.

Tentu anda tertanya-tanya kenapa saya mengaitkan isu hutang pada minggu ini. Sebabnya sebahagian dari kita perlu berhutang untuk terus hidup. Tidak kira apa jenis hutang sekalipun. Tapi awas, jangan terperangkap dalam hutang sebagai penjamin. Akibatnya anda tidak akan lena tidur.

Apa kata kita ikuti kisah yang dikirimkan oleh seorang lelaki yang menamakan dirinya Karim (bukan nama sebenar) kepada saya untuk berkongsi pengalamannya menjadi penjamin kepada seorang kenalan. Begini kisah Karim.

"Saya telah menjamin seorang rakan yang saya namakan Ali (bukan nama sebenar)yang memang dalam kesusahan. Di peringkat memujuk, memang janjinya amat manis. Dia berjanji akan melangsaikan semua hutang-hutang tersebut mengikut perjanjian dengan pihak bank dalam tempoh yang ditetapkan.

"Saya amat terharu apabila Ali sanggup bersumpah di hadapan saya untuk mengotakan janjinya itu sebaik dia menerima cek pinjaman tersebut.

"Malangnya apa yang dia kata tidak dikotanya. Dia hilang entah ke mana setelah enam bulan pinjaman diperoleh.

"Masuk bulan ke tujuh saya mula menerima panggilan daripada bank menyatakan Ali tidak membayar ansuran seperti yang ditetapkan.

"Saya mula susah hati. Saya mencarinya di mana-mana tetapi tidak dapat dikesan. Di tempat kerja lamanya dia dimaklumkan sudah berhenti kerja. Ke alamat rumahnya diberitahu oleh jiran dia sudah berpindah.

"Dalam tempoh itu keadaan saya kecoh seketika. Fikiran terganggu, mana tidaknya jika dia tidak terus membayar ansurannya saya terpaksa mengorbankan wang saya sebanyak RM680 sebulan untuk membayarnya.

"Bulan berganti tahun hutangnya juga tidak dilangsaikan. Puas saya berusaha dan akhirnya dengan bantuan beberapa orang rakan yang bersimpati saya telah dimaklumkan ada seorang kenalan akrab Ali yang tahu di mana dia berada.

"Saya pun bertemu dengan empunya diri, tetapi saya kecewa kerana dia enggan membantu saya. Alasannya dia tidak mahu campur urusan Ali.

"Saya amat kecewa kerana lelaki itu sanggup bersubahat dengan Ali. Hari ini mungkin anda terlepas, tapi di akhirat habuan pasti menunggu.

"Amat memalukan sekali, lelaki yang cukup sifat dan berpendidikan seperti Ali tidak boleh berfikir secara waras, sedangkan orang luar yang datang mencari rezeki di tempat kita hidup mewah dengan pendapatan yang halal.

"Setelah dua tahun dikejar bank dan letih mendapat surat amaran akhirnya saya bertindak membayar hutang tersebut kerana tidak tahan diganggu. Mana lagi isteri asyik membebel setiap kali surat amaran sampai ke rumah.

"Mujur berkat kesabaran saya telah selamat melangsaikan hutang tersebut dalam tempoh yang singkat. Dalam hati saya berdoa agar satu hari Ali akan sedar akan perbuatannya menganiaya saya.

"Doa saya telah didengar oleh Allah SWT tapi dalam bentuk yang di luar kehendak saya. Khabar daripada seorang kenalan yang saya terima mengatakan Ali telah meninggal dunia kerana sakit kanser hati. Dia menderita sakit itu hampir enam bulan.

"Innalillah…saya terkedu seketika. Jika inilah ujian-Mu kepadaku, aku reda. Saya pasrah dengan apa yang berlaku dan bersimpati dengan nasib Ali. Saya juga mengampunkan segala dosa Ali dan menghalalkan hutangnya.

"Saya juga turut kesal kerana sehingga ke saat akhir, saya tidak dapat berjumpa dengan Ali. Tapi saya sudah melupakan semua yang berlaku itu.

"Saya tidak ada prasangka buruk terhadap Ali dan menyifatkan apa yang berlaku sebagai takdir dan secara kebetulan. Saya amat insaf akan kejadian ini. Saya harap kisah saya ini menjadi teladan kepada orang lain yang berhutang supaya mengambil tanggungjawab untuk melangsaikan hutang mereka.

"Bersimpatilah dengan rakan-rakan yang sanggup mengorbankan kepentingan lain untuk membantu anda. Fikirkan juga masa depan kawan-kawan yang juga mempunyai tanggungjawab dan keluarga.

"Jika ingin berhutang, fkir dulu risikonya, jangan sembarangan berhutang kerana mengikut nafsu.

"Sebaliknya, insya-Allah Impian dapat dicapai apabila kita ikhlas dalam semua urusan dunia dan akhirat," demikian Karim menutup ceritanya.

Ukurlah baju di badan sendiri, itulah pepatah yang saya rasa sesuai untuk dijadikan panduan sebelum kita melakukan sesuatu.

Sematkan azam untuk melangsaikan hutang sekiranya ada tanpa menyusahkan orang yang pernah membantu kita ketika dalam kesusahan.

Seperti anda, juga seorang insan yang begitu kerdil bukan sahaja di hadapan Allah, juga di dalam kumpulan sesama manusia.

Tapi saya menyeru diri saya dan anda juga supaya yakin dengan izin-Nya untuk memperoleh sesuatu yang lebih baik dalam meniti kehidupan yang berliku pada hari muka.

Pesanan saya, berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senanglah kemudian.

Salam

Read more...

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP