Pengenalan Blog

01 November 2009

Salam Sejahtera...

Saya Polisi Takaful Perlindungan Hayat anda ...

Anda dan saya mempunyai tujuan dan matlamat yang sama dengan anda di dunia ini.

Sekarang ini anda sedang bertungkus lumus melaksanakan tugas anda untuk menyediakan makanan, pakaian, tempat tinggal, kesenangan untuk yang tersayang. Anda juga menyediakan pendidikan, kesihatan dan kebajikan kepada mereka. Anda buat ini semua terus menerus tanpa mengenal erti letih dan putus asa. Sementara itu saya tidur lena di dalam peti simpanan anda yang teguh menumpul tenaga dan meningkatkan nilaian saya tahun demi tahun.

Saya mempunyai penuh kepercayaan dan keyakinan terhadap anda. Anda menyimpan sebahagian harta anda atau senilai 10% dari pendapatan anda sebagai harga untuk menyimpan saya. Dengan kehendak dan keizinan Allah diharapkan semoga tidak ada sesuatu pun yang akan menimpa kepada anda.

Ketika ini, apabila kehidupan berjalan lancar dan pelayaran di air tenang, saya seolah-olah tiada gunanya bagi anda seolah-olah seperti sampan penyelamat yang tergantung di atas kapal penumpang besar. Tetapi suatu hari (hanya Allah sahaja yang tahu) anda dan saya mungkin bertukar tempat.

Apabila anda disemadikan dengan aman, saya akan bangkit dengan pantas untuk menyambung dan menyempurnakan tugasan yang anda telah mulakan.Saya akan terus menyediakan makanan, pakaian, tempat tinggal dan saya juga akan menyediakan pendidikan dan perubatan sekiranya diperlukan.

Apabila tugas anda selesai, tugas saya baru bermula. Melalui saya, tangan anda terus berbakti dan melalui saya cinta anda kepada keluarga tersayang tidak pernah berkubur begitu juga kenangan dan cinta isteri anda dan anak-anak anda akan terus mekar walau ditelan zaman.

Setiap kali anda rasa terbeban untuk membayarku setiap bulan tapi ingatlah saya akan berbakti setelah ketiadaan anda. Saya akan melakukan tugas lebih baik daripada anda, walau anda kadangkala mengeluh ketidakcukupan untuk membayarku setiap bulan, Namun pengorbanan wang ringgit anda tidak saya persiakan. Saya akan membalas budi, membayar lebih tinggi dari nilai sumbangan anda setiap bulan.

Yang Benar

Polisi Hayat Takaful Anda


Read more...

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP