PENGERTIAN TAKAFUL

05 November 2009

Takaful adalah satu perkataan yang berasal dari perkataan Arab 'Al-Kafala (jamin) iaitu bermaksud 'saling jamin menjamin'. Dari segi tafsiran Syara', ia adalah pakatan satu kumpulan untuk saling tolong-menolong dan jamin menjamin antara satu sama lain ketika para peserta kumpulan tersebut ditimpa sesuatu musibah.

"Demi diriku yang di dalam kekuasaan Allah, bahawa sesiapapun tidak masuk syurga kalau tidak memberi perlindungan kepada jirannya yang terhimpit." - Hadis Riwayat Ahmad


CIRI-CIRI TAKAFUL
* Sistem Islam
* Sumbangan At-Tabarru'at
* Pelaburan halal
* Majlis Pengawasan Syariah
* Tiada unsur riba
* Tiada unsur maisir (Judi)
* Tiada unsur gharar (Tidak jelas)
* Al-mudharabah (Perkongsian untung)


Sistem Islam
Konsep insurans iaitu 'Golongan ramai yang bernasib baik membantu golongan yang tidak bernasib baik" merupakan satu konsep yang diiktiraf oleh Islam

Al-Quran dalam surah Al-Maidah ayat 2 bermaksud "Dan hendaklah kamu tolong menolong diatas perkara kebaikan dan taqwa dan janganlah kamu tolong menolong diatas perkara dosa dan permusuhan" merupakan bukti utama betapa sikap bantu membantu merupakan salah satu akhlak mahmudah (terpuji)

Sumbangan At-Tabarru'at
Tabarru'at merupakan perkataan Arab yang bermaksud menderma secara iklas

Dalam konteks operasi Takaful setiap peserta yang ingin mendapatkan perlindungan Takaful mestilah hadir dengan niat yang iklas ketika menyumbang (At-tabarru'at) bagi membantu sesama para peserta yang lain jika mereka menghadapi musibah. Dalam erti kata lain yang lebih tepat, semua peserta tersebut bersetuju untuk saling membantu dikalangan mereka ketika ditimpa kemalangan

Dalam industri Takaful, At-tabarru'at yang diperkenalkan ialah Al-tabarru'at yang bersyarat.

Bersyarat adalah dimana setiap peserta yang ingin menyertai Takaful mestilah menderma sesuai dengan risiko yang dibawanya. Syarikat terpaksa menetapkan kadar Tabarru'at kerana ingin memastikan Tabarru'at yang disertai oleh semua peserta tidak terjejas bagi memberi keadilan kepada semua pihak, justeru itu jika seseorang peserta membawa risiko yang besar maka kadar tabarru'at yang mesti disumbangkan mestilah sepadan dengan risiko tersebut

Pelaburan Halal
Wang peserta akan dilaburkan hanya dilaburkan di kaunter-kaunter pelaburan yang halal dan diluluskan oleh Majlis Pengawasan Syariah

Bentuk pelaburan:
Bon Kerajaan (Al-Qardul Hassan).
Akaun simpanan di bank (Al-Mudharabah).
Projek pelaburan (Al-Bai Bithaman Ajil).
Harta bangunan.
Pembiayaan perumahan.
Sekuriti saham (Senarai kaunter yang diluluskan oleh Syariah).


Tiada Unsur Riba
Elemen RIBA wujud dalam penjanaan keuntungan pelaburan dan insurans yang akan digunakan dalam pembayaran pampasan kepada pemegang polisi. Ini kerana dana-dana tabungan kebanyakanya dilaburkan didalam instrumen kewangan seperti bon dan juga saham yang kerap melibatkan syarikat-syarikat yang beurusniaga dengan kegiatan sistem perbankan konvensional

Unsur RIBA juga terdapat dalam urusniaga PINJAMAN DARI POLISI (Policy Loan) yang ditawarkan kepada peserta dalam produk insuran hayat dalam sistem kemudahan pinjaman ini, syarikat insuran akan mengenakan bayaran faedah (Interest) kepada peserta yang membuat pinjaman. Jelas sekali bahawa faedah tersebut merupakan RIBA yang dilarang Islam.

Tiada Unsur Maisir (Judi)
Para ulama' menyatakan Maisir dan Gharar merupakan kaitan yang amat rapat. Ini bererti jika sesuatu transaksi itu mengandungi unsur gharar maka dengan sendirinya unsur judi turut ada. Kaitan antaranya adalah terlalu rapat dan saling berkait.

Maisir (Judi) dalam kontrak insurans wujud bilamana:
* Peserta membayar premium yang kecil dengan mengharapkan wang yang lebih besar jumlahnya.
* Peserta hilang wang premium apabila peristiwa ingin dilindungi (the insured event) tidak berlaku.
* Syarikat akan rugi jika terpaksa membayar tuntutan yang melebihi jumlah premium yang diterima.

Tiada Unsur Gharar (Tidak Jelas)
Maksud Gharar ialah "Ketidakpastian". Ketidakpastian dalam transaksi muamalah ialah:
"Terdapat sesuatu yang ingin disembunyikan oleh sebelah pihak dan ianya boleh menimbulkan rasa ketidakadilan serta penganiayaan kepada pihak yang lain".

Di dalam kontrak insurans terdapat unsur ketidakpastian iaitu:
Tidak dapat dipastikan samada dapat atau tidak bayaran yang dijanjikan
Tidak diketahui kadar bayarannya
Tidak diketahui bila masanya

Al-Mudaharabah (Perkongsian Untung)
Mudharabah bererti perkongsian untung diantara peserta dan syarikat.
Nisbah ditentukan tetapi nilai tidak dapat ditentukan
Nisbah pembahagian untung bergantung kepada aqad yang telah dibuat

Contoh:
Nisbah 80:20 atau 50:50 atas keuntungan di antara peserta dan syarikat

Read more...

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP