Buka Minda

13 November 2009

Kadar dividen KWSP 2009 lebih tinggi

2 hari lepas, KWSP mengumumkan kadar dividen bagi tahun 2009 dijangkakan lebih tinggi berikutan peningkatan pendapatan dari pelaburan ekuiti. 12 juta pencarum KWSP bakal menikmati pulangan ini tahun hadapan.

Apa kata kita review semula dividen KWSP yang pernah diberikan sejak tahun 2004 hinggalah tahun lepas. Adakah ia memuaskan hati anda?

Bersedia atau tidak, itulah kadar yang diberikan sejak beberapa tahun yang lepas.

Pelaburan KWSP adalah berdasarkan allocation atau pengagihan tertentu. Dalam definisi dunia pelaburan, asset allocation untuk pelaburan KWSP adalah tertumpu pada pelaburan Pasaran Wang ( Money Market ), Terbitan bon ( Bond ), Hartanah dan lain – lain perniagaan. Lebih kurang 20% dari asset allocation untuk pelaburan KWSP dilaburkan dalam pasaran Ekuiti.

Seperti anda tahu, KWSP adalah dana milik orang ramai, duit hari tua lebih 12 juta warga Malaysia. jadi, corak pelaburan KWSP adalah bersifat risiko rendah, begitu juga dengan sasaran pulangan yang dijangka juga adalah rendah.

Bagi yang inginkan pulangan yang lebih tinggi dari dana KWSP, anda boleh fikirkan Skim Pelaburan Ahli KWSP. KWSP memang memberi peluang kepada para pencarum untuk memaksimakan pulangan hari tua mereka dengan melabur sebahagian kecil dana itu ke dalam saham amanah yang berpotensi memberikan pulangan yang lebih tinggi untuk pelaburan jangka panjang.

Bagi yang berminat boleh tanya pada saya atau merujuk pada laman web KWSP http://www.kwsp.gov.my/index.php?ch=p2life&pg=bm_p2life_invest

Public Mutual adalah salah satu syarikat Saham Amanah yang diberikan kebenaran oleh KWSP para pencarum melabur dalam pasaran saham amanah dengan dana KWSP mereka.

Kalau nak tahu berapa banyak pelaburan yang boleh dibuat dari dana Akaun 1 anda, sila guna kalkulator nih

http://www.publicmutual.com.my/application/calculator/epf/epf.aspx

k see ya

Read more...

Dana Persaraan – Mulakan dari sekarang

12 November 2009

Lagi cepat lagi bagus

Oleh Yuzairi Yunus

Dana persaraan mungkin dah banyak kali anda dengar. Anda mungkin sudah memulakan dana persaraan anda, dan mungkin juga anda tidak memerlukan dana persaraan tambahan kerana sudah mempunyai wang yang banyak atau bergantung kepada pencen kerajaan.

Membina dana persaraan bukanlah mudah. Kerana ia melibatkan wang. Apabila sebut tentang wang, ramai yang mengeluh tak cukup wang. Ada juga yang tidak tahu hendak buat apa dengan wang kerana terlalu banyak. Apapun, anda sajalah yang tahu diri anda. Sama ada anda cukup wang atau tidak, itu bergantung kepada anda. Yang penting, perancangan kewangan mesti diutamakan.

Merancang wang gaji anda secara berhemah bukanlah untuk main – main. Ia mempunyai tujuan dan matlamat. Kalau anda rasa tidak cukup wang, tak kan anda sampai tua nak hidup dalam keadaan tidak cukup wang. Apa yang menyebabkan anda tidak cukup wang ? Mungkin anda hutang terlalu banyak. Terlalu boros. Ini semua akan terjawab setelah anda merancang wang anda secara betul.

Bila wang anda sudah dirancang dengan betul, maka anda akan dapati pentingnya merancang hari tua anda. Dana persaraan, bukanlah saja – saja dana ini hendak dikumpul. Tetapi bagi kebanyakan orang, hari tua mereka tidak seindah seperti yang disangaka, kerana tidak cukup wang. Ada yang terpaksa bekerja. Ada yang terpaksa menumpang hidup anak – anak. Ada yang terpaksa berjualan. Dan macam – macam. Sebab apa ? Sebab tidak cukup wang. Wang KWSP habis dalam masa tak sampai 5 tahun.

Anda tahu, dana persaraan penting, sebab bila dikira, wang KWSP anda tidak cukup untuk menampung keperluan hidup anda 20 atau 30 tahun selepas bersara. Anda juga dapati wang pencen anda tidak dapat menampung kos sara hidup bulanan anda yang tinggi. Maka sebab itu anda ingin membina dana persaran anda. Tetapi anda dapati ia susah. Kenapa ?

Disiplin. Dalam apa jua perancangan kewangan, disiplin merupkan elemen terpenting. Bulan ni simpan, bulan seterusnya keluarkan semula, kemudian simpan balik, dan akhirnya, dana persaraan anda hanya tinggal nama. Sebelum memulakan sebarang perancangan kewangan yang bersifat jangka panjang, anda seharusnya mempunyai dana kecemasan, sekurang – kurangnya 3 bulan gaji anda. Dana persaraan ini adalah sebagai financail support dalam menghadapi sebarang kecemasan yang memerlukan wang.

Setelah itu, barulah anda bina dana persaraan. Pun begitu masih ramai yang masih berlengah. Anda pernah dengar force saving ? Ia melibatkan sedikit unsur paksaan, supaya anda menyimpan tak kira apa jua yang berlaku. Pernah baca buku ’ The richest man in Babylon ’ ? Anda mungkin pernah dengan ’ bayar diri anda dulu sebelum membayar orang lain’ dan simpan 10% setiap kali anda mendapat gaji anda. Kaedah ini semua memang berkesan. Tetapi ramai orang memang bayar untuk diri mereka dulu, tetapi kebanyakannya membayar untuk keperluan yang lain seperti hiburan, pakaian, modify kereta dan macam – macam.

Lihat simpanan KWSP anda. Kebanyakan orang, simpanan yang paling banyak bagi mereka adalah simpanan KWSP. Simpanan 23% dari gaji bulan membuahkan hasil yang banyak. Inilah FORCE SAVING. Tak kira anda cukup duit atau tidak, majikan tetap membayar 23% dari gaji bulanan anda ke KWSP.

Tetapi KWSP tidak memberikan pulangan yang memberangsangkan. Bukan salah KWSP, tetapi sememangnya portfolio pelaburan dana – dana KWSP adalah bersifat risiko rendah dan mereka melabur dalam dana – dana bond dan money market. Jadi, logiklah pulangan mereka berada di sekitar 5%.

Selebihnya andalah yang merancang dana persaraan tambahan untuk diri anda. Bagaimana anda boleh mengamalkan Force Savings ? Untuk mengharapkan setiap bulan anda simpan sendiri, transfer online, agak berisiko sebab human factor yang suka berlengah dan bertangguh. Akhirnya, miss sebulan, dua bulan, setahun.

Tahukah kesan jika anda delay atau tangguh perancangan persaraan anda ? Mr A yang menyimpam RM 100 sebulan di saham amanah yang memberikan pulangan 12% setahun, tetapi bermula lewat 5 tahun dari Mr B. Selepas 25 tahun, nilai simpanan Mr A akan berkurangan RM 45000 dari Mr B yang mula awal 5 tahun darinya. Disebabkan lewat mula, anda kehilangan beribu – ribu ringgit.

Gunakanlah kaedah perbankan masa kini. Potongan tetap gaji. Ya anda boleh potong secara automatik sejumlah wang dari akaun gaji anda setiap bulan untuk dilaburkan di dalam saham amanah. Anda tidak perlu fikir apa lagi, Cuma setiap akhir tahun, anda perlu review perkembangan pelaburan anda.

Dengan potongan secara bulanan juga, anda dapat mengamalkan kaedah Ringgit Cost Averaging atau RCA. RCA membolehkan anda membeli lebih banyak unit semasa pasaran jatuh, dan meningkatkan nilai dana semasa harga naik. Secara tak langsung, ia akan merendahkan kos unit dana amanah anda.

Jangan berlengah lagi. Mulakan dari sekarang. Semakin anda tangguh, semakin banyak jumlah yang anda perlu simpan. Setiap penangguhan yang dibuat, membuatkan anda kerugian beribu – ribu ringgit 25 tahun dari sekarang

Read more...

Siswazah perlu keluar daripada zon selesa

11 November 2009

Dalam keadaan ekonomi dunia gawat ketika ini, peluang pekerjaan terhad dan perniagaan tidak berkembang. Akibatnya graduan sukar mendapat pekerjaan. Jika adapun, syarikat bersikap sangat selektif.

Kecemerlangan akademik semata-mata tidak mencukupi. Perlu ada nilai tambah khususnya kemahiran insaniah seperti kebolehan berkomunikasi dengan berkesan, daya kepimpinan dan keupayaan berfikir secara strategik.

Justeru, University of the West of England (UWE) melengkapkan penuntutnya dengan kemahiran itu melalui program bakti siswa dan khidmat komuniti selama empat hari di Ho Chi Minh City (HCMC), Vietnam, baru-baru ini.

Antara pengisian program ialah kerja amal di rumah anak-anak yatim, lawatan ke universiti dan tempat bersejarah serta sesi dialog bersama ahli perniagaan.

Menurut Pengarah Program Perniagaan UWE, Vinitha Guptan, sepanjang tempoh itu kemahiran insaniah dan potensi pelajar telah dinilai secara kolektif - tanpa pengetahuan mereka - oleh wakil industri yang dijemput khas menyertai lawatan sambil belajar itu.

Katanya, maklum balas itu amat penting bagi pelajar UWE di Kolej Universiti Taylor's mempersiapkan diri dengan kehendak serta keperluan pasaran kerja.

Penglibatan industri secara langsung dalam aktiviti anjuran institusi pengajian tinggi (IPT) mampu mewujudkan hubungan akrab yang menguntungkan semua pihak khususnya graduan.

Industri mendapat modal insan berkualiti tinggi hasil didikan IPT dan graduan pula memulakan kerjaya mengikut bidang masing-masing di firma atau syarikat multinasional.

Di samping itu, kunjungan tersebut turut membuka peluang kerjasama dan memorandum persefahaman (MoU) antara Kolej Universiti Taylor's dengan Universiti Ekonomi HCMC. Ia melibatkan aktiviti pertukaran pelajar dan pensyarah.

peluang pekerjaan

Para peserta program pula berpeluang membentuk rangkaian, menjalin kerjasama dan mengintai peluang pekerjaan di negara sosialis itu setelah ditemukan dengan beberapa tokoh perniagaan Vietnam dalam satu jamuan makan malam.

Peluang itu turut dikongsi oleh pelajar jurusan undang-undang Universiti of Reading (UOR) dan pelajar Program Ijazah Amerika (ADP) yang bersama-sama menyertai lawatan tersebut.

Sementara itu, Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Perniagaan Taylor's, R. Ratneswary berkata, program itu diadakan di luar negara bertujuan membawa pelajar keluar daripada zon selesa dan melatih mereka supaya berani menghadapi cabaran.

Menurutnya, dengan latar budaya, bahasa dan fahaman yang berbeza, HCMC menjadi medan pembelajaran luar bilik darjah yang efektif dalam tempoh yang singkat.

Misalnya, lawatan ke Cu Chi Tunnel - markas pejuang kemerdekaan Vietnam yang hidup di dalam terowong bawah tanah selama 20 tahun - mengajar peserta untuk berfikir dan bertindak secara inovatif demi meneruskan kelangsungan hidup semasa diancam krisis.

Gerila Vietcong ini kreatif mencipta senjata daripada bahan sisa letupan tentera Amerika. Bijak mengelak dari dikesan dengan pelbagai teknik penyamaran. Cekal dan tidak mudah putus asa demi mencapai matlamat mengusir penjajah.

"Melihat, mengkaji dan mengalami sendiri keadaan di sana merupakan satu pendekatan pendidikan yang holistik," jelas Ratneswary.

Pada masa yang sama, Askia Kalthum Ab. Razak mengakui program itu merapatkan lagi hubungan antara sesama pelajar dan pelajar dengan pensyarah.

Pelajar tahun tiga Perakaunan dan Kewangan UWE itu memberitahu, program bakti siswa tersebut juga telah menjadikannya lebih fleksibel dan mudah menyesuaikan diri dengan pelbagai situasi.

"Gagal bukan alasan untuk berhenti berusaha sebaliknya pendekatan perlu diubah mengikut kesesuaian persekitaran dan keperluan semasa," katanya.

Rakannya, Raja Norashikin Raja Azhar, 22, menjadikan kegiatan kokurikulum ini sebagai medan meneroka peluang perniagaan.

Dia bercadang untuk membawa francais makanan segera Vietnam, Lotteri ke Malaysia selepas tamat pengajiannya.

Pelajar tahun pertama ADP, Syamim Hashim dan Rahmah Mohd. Fauzi pula bertambah yakin dan optimistik selepas menyertai program lawatan sambil belajar ini.

"Platform terbaik berdepan dengan situasi yang tidak dijangka di tempat yang baru dan asing bagi kita," ujar Syamim yang bakal menyambung dua tahun terakhir pengajiannya di Amerika Syarikat.

Bagi Rahmah, cabaran terbesar dalam hidup adalah bersaing dengan diri sendiri. Sikap warga Vietnam yang tiada rasa inferior, fokus dan yakin dengan kebolehan diri kini menjadi pendorong utama kepadanya mencapai kecemerlangan akademik dan kerjaya.

Read more...

MEDICAL CARD eTiQa

10 November 2009

Medical Card eTiQa Takaful Maybank atau MEDIC SAVE RIDER (MSR) adalah satu manfaat tambahan dalam polisi Takaful khas untuk perlindungan bil perubatan.

<>
Antara kelebihan MSR adalah seperti berikut :
  • Had tahunan dan had keseluruhan sehingga 70 tahun yang tinggi
  • Kebebasan memilih hospital dan doktor untuk merawat anda
  • Perlindungan 24 jam diseluruh dunia
  • Perkhidmatan bayaran secara online di lebih 50 buah hospital panel seluruh Malaysia. Anda tidak perlu membayar bil rawatan terlebih dahulu. Sebaliknya kos rawatan akan dibayar terus ke hospital melalui kemudahan perkhidmatan Hospital MediJaring .

    Rawatan sebelum masuk hospital dan selepas keluar hospital
  • Penjagaan jururawat di rumah
  • Pembedahan balik hari (Day Surgery)
  • Rawatan kecemasan pesakit luar untuk kecederaan akibat kemalangan
  • Rawatan Dialisis buah pinggang
  • Rawatan Kanser
  • Jaminan pembaharuan sehingga umur 70 tahun
  • Jaminan tiada pembatalan portfolio (Non-Cancellable)
  • Dan banyak lagii......

Sila lihat jadual dibawah untuk senarai manfaat MSR .

Perhatian :

Manfaat MSR ini tertakluk kepada syarat dan terma ko-takaful iaitu :

  • Ko-Takaful sebanyak 10% ( maksimum RM 3,000) untuk Manfaat Hospital dan Pembedahan (In Hospitalisation & Surgical), KECUALI untuk Manfaat Bilik dan Penginapan Hospital Harian tiada ko-takaful di kenakan. Maknanya, eTiQa Takaful Maybank akan membayar 100% kos bilik mengikut pelan yang diambil.

Ringkasan ko-takaful untuk in-hospitalisation

(ko-takaful :10% <=3000)

Contoh 1 :

Jumlah Bil RM 2,000 : 10% Ko-Takaful = RM 200. , manakala eTiQa bayar selebihnya iaitu RM 1,800

Contoh 2 :

Jumlah Bil RM 5,000 : 10% Ko-Takaful = RM 500. Klien perlu bayar ko-takaful RM500 kepada hospital, kerana nilainya antara 50 hingga 3000. eTiQa akan membayar baki bil iaitu RM 4,500.

Contoh 3 :

Jumlah Bil RM 30,000 : 10% ko-Takaful = RM3,000. Klien hanya perlu membayar RM3,000 disebabkan had maksimum adalah RM3,000. eTiQa akan membayar baki bil iaitu RM 27,000.

Oleh sebab itu, anda dinasihatkan untuk mengambil pelan yang komprehensif iaitu dengan memasukkan Manfaat Elaun Hospital (Hospital Benefit) dan Manfaat Elaun ICU & Bedah (Medical Cover). Manfaat ini akan membantu anda untuk menampung kos ko-takaful di atas.

  • 2- Bagi Manfaat Rawatan Pesakit Luar. Klien hanya perlu bayar 10% daripada bil yang dikenakan sahaja. Tidak tertakluk kepada had minimum dan had maksimum. Bagi manfaat ini, klien perlu membuat pembayaran terlebih dahulu dan claim ke eTiQa Takaful Maybank. Pastikan anda memperolehi RESIT ASAL semasa anda membuat pembayaran. Ini kerana, tanpa resit asal, claim tidak akan diluluskan.

CONTOH PROPOSOL

Umur Peserta : 35 tahun (Lelaki)
Bayaran : RM150 / bulan
Tempoh Bayaran : 20 tahun (sehingga umur 55 tahun)

Plan Etiqa Mesra (Bayaran : RM86.37)


• Perlindungan Asas : RM51,032 (Meninggal Dunia atau Lumpuh)
• Pulangan Matang (20 tahun) : RM23,785

Rider Medical Card-PLAN 4 (Bayaran : RM63.63)

• Manfaat Had Keseluruhan Tahunan : RM60,000
• Khairat Kematian : RM4,000
• Bilik Penginapan Hospital RM200
• Yuran Laporan Perubatan RM80
• Elaun Harian Tunai Bagi Hospital Kerajaan RM80
• Rawatan Kemalangan Kecemasan Pesakit Luar RM1,250
• Rawatan Kemalangan Kecemasan Pergigian RM1,250
• Rawatan Kecemasan Kesakitan RM50
• Rawatan Fisioterapi Bagi Pesakit Luar RM1,250.
Seperti Yang Dicaj
• Unit Penjagaan Rapi
• Yuran Pembedahan Termasuk Anesthetik & Bilik Pembedahan
• Bekalan & Perkhidmatan Hospital
• Lawatan Pakar Perubatan Dalaman
• Sebelum Kemasukan Ke Hosp./sebelum Pembedahan
• Perkhidmatan Pakar Perunding & Diagnosis
• Rawatan Sebelum Kemasukan Ke Hospital
• Pembedahan Pesakit Luar

Read more...

Produk Takaful

09 November 2009

Plan Mesra

Manfaat Utama

• Perlindungan dibolehkan sehingga umur 80 tahun.
• Di akhir tempoh kontrak keseluruhan Akaun Peserta terkumpul akan dipulangkan bersama perkongsian keuntungan dari Akaun Peserta
dan lebihan Akaun Khas Peserta.
• Sekiranya berlaku kematian, manfaat yang akan dibayar adalah jumlah perlindungan bersama Akaun Peserta Terkumpul serta keuntungan
Akaun Peserta.
• Sekiranya berlaku keilatan kekal dan menyeluruh, jumlah perlindungan akan dibayar dalam 5 pembayaran. 10% daripada jumlah
perlindungan serta amaun terkumpul dan keuntungan dari Akaun Peserta apabila sahnya keilatan, 10% pada ulang tahun pertama hingga
tahun ketiga dan bakinya sebanyak 60% pada tahun keempat dari tarikh keilatan.
• Nilai serahan Akaun Peserta terkumpul dari tahun kedua penyertaan.
• Atas apa juga sebab, sekiranya anda tidak dapat meneruskan sumbangan, anda boleh memilih satu daripada pilihan di dalam ‘peruntukan
bukan lucuthak’ untuk meneruskan penyertaan.

Manfaat Perlindungan Komprehensif
Pakej perlindungan berikut boleh dimasukkan sebagai manfaat perlindungan komprehensif dengan sumbangan tambahan.
• Rider Bertempoh
• Rider Penyakit Kritikal
• Rider Manfaat Hospital
• Rider Pampasan Kemalangan
• Rider Manfaat Kematian Akibat Kemalangan
• Rider Manfaat Pembayar – Kontrak Juvana sahaja
Kelayakan Penyertaan
Had Umur: 6 bulan hingga 60 tahun (pada tarikh lahir akan datang)
Tempoh Penyertaan: 5 hingga 79 tahun
Had Umur Matang: 80 tahun (pada tarikh lahir akan datang)

Sumbangan Minimum: RM600.00 setahun Lat Sumbangan: • Tahunan
• Setengah Tahunan
• Suku Tahunan
• Bulanan

Perlindungan Minimum: RM10,000
Pembahagian Keuntungan/Lebihan
Pembahagian keuntungan dan lebihan adalah sebanyak 80% kepada peserta dan 20% kepada Etiqa Takaful Berhad.
Pengecualian Cukai Pendapatan
Kontrak ini layak menerima pelepasan cukai pendapatan, tertakluk kepada keputusan muktamad Lembaga Hasil Dalam Negeri.
*Penting
Fakta penyata ini merupakan keterangan ringkas. Untuk mendapatkan butir-butir lengkap mengenai syarat dan peraturan, sila rujuk kepada kontrak anda.
Gabungan tabungan dan perlindungan untuk perancangan kewangan hari esok.
Pelan yang fleksibel dalam meningkatkan perlindungan kewangan keluarga.
TAKAFUL
Cabang Muamalat Islam yang saling menjamin, menjaga dan
memelihara sesama peserta berasaskan kepada konsep Tabarru’.
Etiqa Takaful

................................................................................................................................................................................................................................

Plan Prima

Kami di Etiqa Takaful sentiasa ingin membantu anda mencapai matlamat hidup. Kami mengutamakan keperluan anda dan menyediakan pelan yang sungguh bersesuaian untuk setiap keperluan anda. Kini anda bakal mencapai impian penuh gemilang.

MANFAAT Jumlah perlindungan sepenuhnya akan dibayar dalam tempoh kontrak berkuatkuasa sekiranya berlaku kematian.

Sekiranya berlaku hilang upaya kekal dan menyeluruh, jumlah perlindungan akan dibayar dalam 3 pembayaran. 20% daripada jumlah perlindungan serta Akaun Peserta Terkumpul dan keuntungan daripada Akaun Peserta apabila sahnya hilang upaya, 40% pada akhir tahun pertama dan kedua dari tarikh hilang upaya.

Manfaat Survival-Setiap 3 tahun bermula dari akhir tahun ketiga kontrak. 10% dari amaun perlindungan berdasarkan pulangan pelaburan 4% setahun.

Baki manfaat survival berjadual termasuk Akaun Peserta serta keuntungan Akaun Peserta dan Lebihan Akaun Khas Peserta.
................................................................................................................................................................................................................................

Plan Sarjana

"Kita atau dia..."

Pendidikan adalah hadiah yang paling berharga daripada ibu bapa kepada anak-anak. Akan tetapi, perlu diingat, pada masa kini, pendidikan yang baik dan sempurna memerlukan komitmen bukan sahaja dari segi masa dan tenaga, malah wang ringgit.

Tahun demi tahun, masalah pelajar tidak dapat meneruskan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi disebab oleh masalah kewangan semakin ramai. Bukan masalah pelajar tidak pandai. Tapi disebabkan oleh MASALAH KEWANGAN. Bagaimana ini boleh berlaku? Mari kita fikirkan.

Semasa anak masih kecil, adakah mereka tahu yang mereka akan masuk ke universiti satu hari nanti? Adakah mereka tahu untuk masuk ke sesebuah Universiti memerlukan sejumlah wang bagi menampung yuran dan duit belanja pembelajaran? Siapa yang lebih tahu?..Ibu bapa atau Anak?..siapa yang ada pilihan?..Ibu Bapa atau Anak?..siapa yang ada plihan untuk berbelanja berlebihan hingga terlupa untuk membuat simpanan pada masa mendatang atau membuat simpanan berterusan bagi menyediakan wang untuk pendidikan anak? Siapa yang mempunyai pilihan.....renung mata anak kita....renung sedalam-dalamnya...sama ada yang baru saja lahir, berumur 1 atau 2 tahun atau yang sudah mula bersekolah?....adakah mereka tahu yang satu hari nanti mereka memerlukan sejumlah wang untuk melanjutkan pelajaran demi cita-cita mereka. Bukan hanya cita-cita mereka, yang mana saya percaya, lebih kepada cita-cita kita untuk melihat anak kita berjaya. Tapi apakah pilihan di tangan dia?...siapa yang mempunyai pendapatan?..kita atau dia?..siapakah yang mempunyai pilihan?..kita atau dia...kita yang mampu memilih untuk memperuntukkan sejumlah wang simpanan secara berterusan untuk dia atau dia sudah mampu untuk mencari wang sendiri untuk menampung pembalajaran mereka?....

Jadi, pelan Takaful Pendidikan daripada eTiQa Takaful Maybank ini direka khas dalam usaha membantu ibu bapa untuk merancang simpanan pendidikan untuk anak-anak mereka. Mulalah dari sekarang. Dapatkan pelan yang terbaik yang memberikan perlindungan Takaful dan Pendidikan dalam satu akaun yang komprehensif.

Apa dia Pelan Takaful Pendidikan?

Takaful Pendidikan merupakan pelan pendidikan daripada eTiQA Takaful Maybank. Pelan ini merupakan sejenis caruman tetap dan mempunyai tempoh matang sehingga umur anak 25 tahun. Pelan ini bukan sahaja memberi perlindungan untuk pendidikan malah perlindungan dari segi kematian, kemalangan, peyakit kritikal dan beberapa manfaat lain seperti di bawah.

SARJANA

<>Dengan peningkatan kos pembelajaran ke IPTA dan IPTS di sekitar 3% setahun berdasarkan
kadar inflasi, adakah anda telah bersedia untuk menghadapinya demi masa depan dan kesejahteraan anak anda? <>

Pelan Sarjana dengan gabungan tabungan dan perlindungan adalah satu usaha untuk mewujudkan dana khas sebagai perancangan kewangan pendidikan anak anda di hari esok. <>Kecemerlangan masa depan anak anda ditangan anda. Dengan perancangan kewangan yang strategik dan digabung dengan perlindungan menjadikan Sarjana sebagai suatu perancangan yang komprehensif dan harus bagi penentuan masa depan anak anda.

TAKAFUL

Cabang Muamalat Islam yang saling menjamin, menjaga dan memelihara sesama peserta berasaskan kepada konsep Tabarru’.

Manfaat Utama

Manfaat Perlindungan

Kemudahan Pengeluaran Pendahuluan Biaya Pendidikan

Pengeluaran wang daripada Akaun Peserta (AP) dibolehkan 3 tahun sebelum tarikh matang sebagai pendahaluan biaya pendidikan.

Manfaat Matang

<>Apabila kontrak ini matang, peserta akan menerima keseluruhan akaun jumlah terkumpul dalam AP termasuk keuntungan dari AP dengan lebihan Akaun Khas Peserta.

Manfaat Perlindungan Komprehensif

Manfaat sampingan perlindungan berikut boleh disertai dengan sumbangan tambahan.

Rider Bertempoh (Juvana Sahaja)
Rider Penyakit Kritikal (Pembayar Sahaja)
Rider Manfaat Hospital (Pembayar dan Juvana)
Rider Pampasan Kemalangan (Pembayar Sahaja) <>
Rider Manfaat Kematian dan Keilatan Akibat Kemalangan (Pembayar dan Juvana)
Rider Manfaat Pembayar (Pembayar Sahaja)
Rider Manfaat Pendapatan Keluarga (Pembayar Sahaja) <>
Tabungan Tambahan

Kelayakan Penyertaan

  • <>Had Umur: Sehingga 17 tahun
  • Tempoh Penyertaan: 5 hingga 25 tahun
  • Umur Pada Tarikh Matang: 13 hingga 25 tahun
  • Perlindungan Minimum: RM10, 000
  • Sumbangan Minimum: RM600 setahun (Asas dan Tabungan Tambahan)

Pembahagian Keuntungan / Lebihan

Pembahagian keuntungan dan lebihan adalah sebanyak 80% kepada peserta dan 20% kepada Etiqa Takaful Berhad.

Peserta berhak menerima keuntungan dari Akaun Peserta dan lebihan dari Akaun Khas Peserta (Jika ada).

Pengecualian Cukai Pendapatan

Kontrak ini layak menerima pelepasan cukai pendapatan tertakluk kepada keputusan muktamad Lembaga Hasil Dalam Negeri.

*Penting

Fakta penyata ini merupakan keterangan ringkas. Untuk mendapatkan butir-butir lengkap mengenai syarat dan peraturan, sila rujuk kepada kontrak anda.

Sekiranya berlaku keilatan ke atas anak, kontrak ini akan membayar manfaat keilatan seperti di dalam jadual yang ditetapkan.Sekiranya berlaku kematian ke atas anak, kontrak ini akan membayar Manfaat Perlindungan berserta Akaun Peserta dan keuntungannya

yang terkumpul.

<>Sekiranya berlaku kematian atau keilatan kekal menyeluruh ke atas pembayar, kesemua sumbangan asas termasuk Rider atas diri anak
melainkan tabungan tambahan akan dilunaskan sehingga tarikh matang, anak meninggal dunia atau keilatan kekal menyeluruh, yang mana terdahulu.

Read more...

PERBEZAAN ANTARA TAKAFUL DAN INSURANS

08 November 2009

TAKAFUL

INSURANS

Sistem Islam

Sistem kapitalis

Mengajak/menyertai

Menjual/membeli

Sumbangan (Derma bersyarat)

Premium

Akad

Kontrak

Pengendali

Penanggung

Pelaburan saham yang HALAL sahaja

Pelaburan apa sahaja saham

Lembaga Pengarah

Lembaga Pengarah

Lembaga Syariah

Tiada

Mudharabah (80/20)

Dividen (%)

Tiada Gharar

Gharar

Tiada Maisir

Maisir

Tiada riba

Riba

Read more...

KEUNTUNGAN & KELEBIHAN

07 November 2009

KEUNTUNGAN MENYERTAI TAKAFUL

* Menegakkan sistem muamalah Islam
* Mendapat skim perlindungan melalui pelan takaful.
* Mendapat pulangan melalui perkongsian untung
* Keuntungan Pelaburan semasa tempoh takaful ( iaitu dari akaun peserta (AP))
* Keuntungan pelaburan selepas tempoh takaful (iaitu dari akaun Khas Peserta (AKP))
* Nisbah Mudharabah - Bergantung 50:50 ; 80:20 diantara peserta dan syarikat

KELEBIHAN INSURANS TAKAFUL


* Insurans Takaful
* Sistem Islam
* Prinsip ta'awun iaitu tolong menolong
* Prinsip tadhiyar - korban kepentingan diri untuk orang lain
* Mengajak/mengatur menyertai
* Sumbangan dengan konsep Tabarru' (Derma bersyarat tolong menolong)
* Pahala/Kebajikan
* Ada peserta, niat murni, syarat, saksi
* Pelaburan - untung dikongsi (Al-Mudharabah) % dipersetujui RM tidak tentu dijanjikan
* Sumbangan ditabungkan kepunyaan peserta
* Syarikat Takaful hanya pengendali tabung/akaun peserta
* Untung milik bersama antara syarikat pengendali dan peserta
* Pelaburan saham yang HALAL sahaja
* Lembaga Pengarah - Majlis Pengawasan Syariah
* Prinsip Muamalah Islam
* Tiada riba, gharar , maisir dan adil
* Jika berhenti selepas 1 tahun, peserta mempunyai nilai serahan
* Bonus diberi pada setiap tahun dan boleh dikeluarkan
* Boleh mengeluarkan duit tanpa faedah
* Zakat perniagaan dibayar
* Tabung jariah membantu kita semasa di alam kubur


Read more...

MAJLIS PENGAWASAN SYARIAH

06 November 2009

Akta Takaful 1984, seksyen 8 (5)(b):-


"Bahawa terdapatnya dalam artikel persatuan pengendali Takaful yang berkenaan peruntukan bagi penubuhan Majlis Pengawasan Syariah untuk menasihati pengendalian tentang perniagaan Takafulnya untuk memastikan yang ia tidak terlibat dalam apa-apa unsur yang tidak diluluskan"



Lembaga Pengawasan Syariah


Y.B. Sahibul Samahah Dato' Seri Dato' Haji Harussani Haji Zakaria (Pengerusi)


YBhg Dato' Dr. Abdul Monir Yaacob


YBhg Dato' Dr. Mahfodz Muhammed


YBrs Prof Madya Dr. Abdul Halim Muhammad


YBrs Prof Madya Dr. Hailani Muji Tahir


YBrs Prof Madya Dr. Mohd Daud Bakar

Read more...

PENGERTIAN TAKAFUL

05 November 2009

Takaful adalah satu perkataan yang berasal dari perkataan Arab 'Al-Kafala (jamin) iaitu bermaksud 'saling jamin menjamin'. Dari segi tafsiran Syara', ia adalah pakatan satu kumpulan untuk saling tolong-menolong dan jamin menjamin antara satu sama lain ketika para peserta kumpulan tersebut ditimpa sesuatu musibah.

"Demi diriku yang di dalam kekuasaan Allah, bahawa sesiapapun tidak masuk syurga kalau tidak memberi perlindungan kepada jirannya yang terhimpit." - Hadis Riwayat Ahmad


CIRI-CIRI TAKAFUL
* Sistem Islam
* Sumbangan At-Tabarru'at
* Pelaburan halal
* Majlis Pengawasan Syariah
* Tiada unsur riba
* Tiada unsur maisir (Judi)
* Tiada unsur gharar (Tidak jelas)
* Al-mudharabah (Perkongsian untung)


Sistem Islam
Konsep insurans iaitu 'Golongan ramai yang bernasib baik membantu golongan yang tidak bernasib baik" merupakan satu konsep yang diiktiraf oleh Islam

Al-Quran dalam surah Al-Maidah ayat 2 bermaksud "Dan hendaklah kamu tolong menolong diatas perkara kebaikan dan taqwa dan janganlah kamu tolong menolong diatas perkara dosa dan permusuhan" merupakan bukti utama betapa sikap bantu membantu merupakan salah satu akhlak mahmudah (terpuji)

Sumbangan At-Tabarru'at
Tabarru'at merupakan perkataan Arab yang bermaksud menderma secara iklas

Dalam konteks operasi Takaful setiap peserta yang ingin mendapatkan perlindungan Takaful mestilah hadir dengan niat yang iklas ketika menyumbang (At-tabarru'at) bagi membantu sesama para peserta yang lain jika mereka menghadapi musibah. Dalam erti kata lain yang lebih tepat, semua peserta tersebut bersetuju untuk saling membantu dikalangan mereka ketika ditimpa kemalangan

Dalam industri Takaful, At-tabarru'at yang diperkenalkan ialah Al-tabarru'at yang bersyarat.

Bersyarat adalah dimana setiap peserta yang ingin menyertai Takaful mestilah menderma sesuai dengan risiko yang dibawanya. Syarikat terpaksa menetapkan kadar Tabarru'at kerana ingin memastikan Tabarru'at yang disertai oleh semua peserta tidak terjejas bagi memberi keadilan kepada semua pihak, justeru itu jika seseorang peserta membawa risiko yang besar maka kadar tabarru'at yang mesti disumbangkan mestilah sepadan dengan risiko tersebut

Pelaburan Halal
Wang peserta akan dilaburkan hanya dilaburkan di kaunter-kaunter pelaburan yang halal dan diluluskan oleh Majlis Pengawasan Syariah

Bentuk pelaburan:
Bon Kerajaan (Al-Qardul Hassan).
Akaun simpanan di bank (Al-Mudharabah).
Projek pelaburan (Al-Bai Bithaman Ajil).
Harta bangunan.
Pembiayaan perumahan.
Sekuriti saham (Senarai kaunter yang diluluskan oleh Syariah).


Tiada Unsur Riba
Elemen RIBA wujud dalam penjanaan keuntungan pelaburan dan insurans yang akan digunakan dalam pembayaran pampasan kepada pemegang polisi. Ini kerana dana-dana tabungan kebanyakanya dilaburkan didalam instrumen kewangan seperti bon dan juga saham yang kerap melibatkan syarikat-syarikat yang beurusniaga dengan kegiatan sistem perbankan konvensional

Unsur RIBA juga terdapat dalam urusniaga PINJAMAN DARI POLISI (Policy Loan) yang ditawarkan kepada peserta dalam produk insuran hayat dalam sistem kemudahan pinjaman ini, syarikat insuran akan mengenakan bayaran faedah (Interest) kepada peserta yang membuat pinjaman. Jelas sekali bahawa faedah tersebut merupakan RIBA yang dilarang Islam.

Tiada Unsur Maisir (Judi)
Para ulama' menyatakan Maisir dan Gharar merupakan kaitan yang amat rapat. Ini bererti jika sesuatu transaksi itu mengandungi unsur gharar maka dengan sendirinya unsur judi turut ada. Kaitan antaranya adalah terlalu rapat dan saling berkait.

Maisir (Judi) dalam kontrak insurans wujud bilamana:
* Peserta membayar premium yang kecil dengan mengharapkan wang yang lebih besar jumlahnya.
* Peserta hilang wang premium apabila peristiwa ingin dilindungi (the insured event) tidak berlaku.
* Syarikat akan rugi jika terpaksa membayar tuntutan yang melebihi jumlah premium yang diterima.

Tiada Unsur Gharar (Tidak Jelas)
Maksud Gharar ialah "Ketidakpastian". Ketidakpastian dalam transaksi muamalah ialah:
"Terdapat sesuatu yang ingin disembunyikan oleh sebelah pihak dan ianya boleh menimbulkan rasa ketidakadilan serta penganiayaan kepada pihak yang lain".

Di dalam kontrak insurans terdapat unsur ketidakpastian iaitu:
Tidak dapat dipastikan samada dapat atau tidak bayaran yang dijanjikan
Tidak diketahui kadar bayarannya
Tidak diketahui bila masanya

Al-Mudaharabah (Perkongsian Untung)
Mudharabah bererti perkongsian untung diantara peserta dan syarikat.
Nisbah ditentukan tetapi nilai tidak dapat ditentukan
Nisbah pembahagian untung bergantung kepada aqad yang telah dibuat

Contoh:
Nisbah 80:20 atau 50:50 atas keuntungan di antara peserta dan syarikat

Read more...

Perkenalan

04 November 2009

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Beringat sebelum kena, sediakan payung sebelum hujan, Inilah peribahasa yang mengambarkan kita perlu bersedia apa jua masalah yang mendatang tanpa menyusahkan diri dan orang lain. Selaras dengan tuntutan Islam dalam persediaan menghadapi sebarang musibah, eTiQa Takaful Berhad menawarkan skim simpanan berperlindungan Islam yang mana operasi kendaliannya dipantau oleh Majlis Pengawasan Syariah serta keuntungan perniagaannya dibahagikan secara Mudharabah dan juga perlaksanaan pembayaran zakat di dalam perniagaan.

Manfaat Simpanan berperlindungan yang ditawarkan oleh eTiQa Takaful Berhad terdiri daripada tabungan pendidikan anak-anak dan simpanan berperlindungan individu yang merangkumi beberapa manfaat seperti dibawah :

1. Manfaat kematian biasa dan kemalangan

2. Manfaat Hospital

3. Manfaat Bertempoh

4. Manfaat Penyakit Kritikal

5. Simpanan dan keuntungan Mudharabah.

6. Pelaburan & Simpanan

7. Perlindungan & Persaraan

8. Kad Medik


Terdapat 4 pelan yang popular ditawarkan oleh Maybank Takaful Etiqa iaitu :

1. Pelan eTiQa Takaful MESRA

2. Pelan eTiQa Takaful SARJANA

3. Pelan eTiQa Takaful PRIMA

4. Pelan eTiQa Takaful WARISAN

Terbaru yang ditawarkan oleh Insurans Etiqa ialah MEDICAL CARD yang menyediakan pelan perlindungan jika anda dimasukkan hospital. Yang menariknya disini ialah anda mempunyai manfaat dari segi pembayaran bil hospital, ubat ubatan dan juga pembedahan dimana-mana hospital SWASTA yang berdekatan.

Read more...

Adakah anda bijak...

03 November 2009

Salam sejahtera

Hari ini...Anda mungkin menyangka anda seorang yang bijak pandai kerana dengan kepandaian anda maka anda memperolehi:-

Pekerjaan - Anda bangga bila ditanya. Apa pekerjaan anda? So anda jawab saya orang professional, saya ahli perniagaan berjaya. Menunjukkan pendapatan anda berlipat kali ganda. So orang nak anda respect anda seorang yang berjaya dalam hidup memiliki kerja yang anda rasa akan dapat menampung kehidupan anda pada garis kemewahan.

Isteri/Suami
- Ketampanan dan wang saku anda menarik pinat sang wanita/lelaki untuk menambat hati anda. Sebab dengan anda pasangan anda berkeyakinan dapat menanggung hidup anda serta dapat memberi kebahagiaan kepada anda selagi hayat dikandung badan.

Tempat tinggal - Anda berbangga nun jauh disana tersergam sebuah mahligai indah. Sebut jer semua orang tahu oh itu rumah si anu. Anda bangga bila saja ditanya dimana anda tinggal anda menjawab nun di sana Damasara Heigh, Kiara Heigh dan sebagainya yang menunjukkan status anda. Jangan tanyalah berapa kos rumah mungkin ratusan ribu atau jutaan ringgit Malaysia.

Kereta - Kereta mewah, 4WD anda bebas kemana anda mahu siapa yang nak larang. Anda beli kereta berpuluh ribu dan sanggup membayar bulanan dalam masa 7 ke 9 tahun.

Credit Card - Anda boleh tersenyum dengan bangga, kerana bank memberi kepercayaan kepada anda sehingga semua bank sanggup menawarkan credit card kepada anda. maka tidak hairanlah jika anda mempunyai credit card 3 keping atau lebih. Anda seronok berbelanja dan mampu tersenyum melihat card anda digores oleh jurujual. Kelihatan orang keliling anda mencemburui anda. Sebabnya anda MAMPU dan layak menggunakan kad kredit. Syabas buat anda.

Rakan - Anda mempunyai rakan ramai. Anda berbangga dimana anda berada anda dikelilingi oleh rakan yang sanggup mengikut anda kemana sahaja anda berada tidak kira semasa bersukan, bersarapan, makan tengahari dan bershopping. Dimana anda berada disitu mereka berada. Call ajer pasti mereka datang. Anda beranggapan kawan anda adalah segalanya.

Anda memiliki segalanya. Anda tidak boleh ditegur tidak bileh diperingati kerana anda rasa anda bijak dan orang yang keliling anda tidak sama dengan anda kerana anda mempunyai kedudukan dan darjat tertinggi. Lagipun anda adalah tergolong orang yang BIJAK.

TETAPI ...

Anda harus INGAT!

Pekerjaan, Rumah, Anak Bini, Pakaian, Rumah dan Kesenangan dunia itu adalah salah satu ujian semata-mata.

Anda tidak seharusnya berbangga dan mendabik dada jika apa yang anda miliki sekarang ini adalah pinjaman semata-mata. Memang tak dinafikan apa sahaja yang anda miliki dikala ini hanyalah pinjaman sahaja. Lihatlah jika anda mengatakan anda bijak memang tak dinafikan tetapi pernah tak anda terfikir

  1. Pekerjaan yang baik memiliki segulung ijazah tidak menjamin kesenangan walau anda bekerja keras sekalipun. Anda bijak sekalipun masih bergantung dengan makan gaji kerana anda berasakan pendapatan RMribu-ribuan sudah cukup untuk anda hidup bahagia dan aman sentosa. Anda seharusnya lebih bijak dengan memikirkan perkara-perkara seperti berikut.

    "Pendapatan anda jika bujang mungkin mencukupi, bagaimana jika sekiranya dah berkeluarga, komitmen dan keperluan serta kos sara hidup kian meningkat dari hari ke hari ditambah lagi dengan kos pendidikan, kos perubatan serta kos-kos lain. Sedikit sebanyak anda terpaksa bekerja keras untuk menampung perbelanjaan yang kian meningkat itu tak termsauk lagi faktor inflasi"

    Mungkin kalau anda masih bujang mencukupi bagaimana kalau sudah ada tanggungan. Adakah dengan gaji RM1600 mencukupi untuk sekeluarga. Komitmen dan keperluan kian bertambah, kos sara hidup kian meningkat. Sehinggakan penjawat kerajaan digalakkan untuk membuat kerja part time itulah yang disarankan oleh Cuepacs. Seperkara lagi jika pendapatan anda hanya cukup makan kerana setiap habis bulan terpaksa membayar bil-bil semasa handphone, api, air dan sebagainya.
  2. Adakah harta yang anda miliki hari ini adalah harta anda sebenarnya atau hak milik bank yang apabila tiba masanya harta atau aset itu terpaksa dipulangkan kepada pemiliknya. Sebagai contoh pinjaman kereta, setiap bulan apabila sampai masanya anda terpaksa membayar sejumlah wang untuk membiayai pinjaman kereta anda. Jika anda seorang pembayar yang berdisiplin mungkin tidak ada masalah, tetapi jika anda seorang pembayar yang adakalanya pendapatan susut maka AWAS! anda akan dibelenggu hutang tunggakan kereta dan risiko yang anda harus terima ialah bertemu dengan si Penarik Kereta atau lebih malangnya lagi kereta kena lelong dan nama anda buruk (blacklist). Next time tak dapatlah nak berkereta lagi melainkan anda clear list untuk disenarai putih kembali itupun setelah habis membayar jumlah tunggakan keseluruhan kereta tersebut. Haru biru...
  3. Bagaimana menjaga aset sedia ada ?





Read more...

Mari Berkenalan...

02 November 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saudara/Saudari, tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Melalui persepakatan yang bijak, Takaful Nasional bersama-sama Maybank Takaful disatukan dan bergerak maju kehadapan sebagai eTiQa Takaful Berhad. Dengan menyediakan perlindungan yang komprehensif, eTiQa Takaful menawarkan skim simpanan berperlindungan yang meliputi Manfaat kecederaan, kematian dan kecacatan kekal akibat kemalangan, Manfaat Penyakit Kritikal, Manfaat Hospital, Manfaat Bertempoh, Manfaat Pembayar dan Manfaat Kematian disamping Simpanan untuk hari tua.

Salah satu diantara kekuatan produk eTiQa Takaful ialah Khairat Kematian (Manfaat Kematian). Sejak dari zaman Rasulullah SAW lagi dimana dana dikumpulkan untuk tujuan disumbangkan kepada keluarga yang ditimpa mushibah atau meninggal dunia. Sesungguhnya, perjuangan inilah yang masih lagi diteruskan oleh kami di eTiQa Takaful. Dengan kekuatan dana kami dan juga keuntungan perniagaan yang dijalankan, kami menawarkan manfaat kematian (Khairat Kematian) yang tinggi. Dengan khairat kematian yang tinggi, dapatlah keluarga yang ditinggalkan melunaskan hutang dan meneruskan kehidupan baru tanpa anda disisi mereka.

" Tinggalkan keluarga dalam kesenangan adalah lebih baik dari meninggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta" (hadis riwayat Bukhari).
Menerusi eTiQa Takaful Berhad, kami menjanjikan kualiti dan kecekapan perkhidmatan, kemudahan membuat urusan tuntutan dan kemesraan rundingan peribadi. Sesungguhnya, amatlah malu kiranya, sebagai pengendali takaful terbesar di Malaysia dan ahli kumpulan Maybank, sekiranya apa yang dikata tidak dikotakan.
Sekali lagi kami menyeru kepada anda, marilah bersama-sama kami, menegakkan muamalah Islam, dengan menyediakan simpanan beperlindungan untuk diri anda dan keluarga. Jadikanlah ianya satu keperluan seperti mana perlunya kenderaan kepada anda untuk bergerak, rumah untuk berlindung dan keperluan harian yang lain untuk hidup. Begitu jugalah perlunya polisi untuk melindungi kewangan anda ketika anda ditimpa musibah. Sesungguhnya, satu tindakkan bijak anda pada hari ini, akan meyelamatkan anda dihari esok.....

Selaras dengan tuntutan Islam dalam persediaan menghadapi sebarang musibah, eTiQa Takaful menawarkan skim simpanan berperlindungan Islam yang mana operasi kendaliannya dipantau oleh Majlis Pengawasan Syariah serta keuntungan perniagaannya dibahagikan secara Mudharabah dan juga perlaksanaan pembayaran zakat di dalam perniagaan. Simpanan berperlindungan yang ditawarkan oleh eTiQa Takaful terdiri daripada tabungan pendidikan anak-anak dan simpanan berperlindungan individu yang merangkumi beberapa manfaat seperti dibawah:

- Manfaat kematian biasa dan kemalangan(Khairat Kematian yang tinggi)
- Manfaat Hospital
- Manfaat Bertempoh
- Manfaat Penyakit Kritikal
- Pembayaran urusan pengkebumian segera (RM1000).
- Simpanan dan keuntungan Mudharabah
- Pengeluaran dibenarkan sehingga 80% tanpa menjejaskan amaun perlindungan
- Medical Card bagi Tanggungan Kos Rawatan


Read more...

Pengenalan Blog

01 November 2009

Salam Sejahtera...

Saya Polisi Takaful Perlindungan Hayat anda ...

Anda dan saya mempunyai tujuan dan matlamat yang sama dengan anda di dunia ini.

Sekarang ini anda sedang bertungkus lumus melaksanakan tugas anda untuk menyediakan makanan, pakaian, tempat tinggal, kesenangan untuk yang tersayang. Anda juga menyediakan pendidikan, kesihatan dan kebajikan kepada mereka. Anda buat ini semua terus menerus tanpa mengenal erti letih dan putus asa. Sementara itu saya tidur lena di dalam peti simpanan anda yang teguh menumpul tenaga dan meningkatkan nilaian saya tahun demi tahun.

Saya mempunyai penuh kepercayaan dan keyakinan terhadap anda. Anda menyimpan sebahagian harta anda atau senilai 10% dari pendapatan anda sebagai harga untuk menyimpan saya. Dengan kehendak dan keizinan Allah diharapkan semoga tidak ada sesuatu pun yang akan menimpa kepada anda.

Ketika ini, apabila kehidupan berjalan lancar dan pelayaran di air tenang, saya seolah-olah tiada gunanya bagi anda seolah-olah seperti sampan penyelamat yang tergantung di atas kapal penumpang besar. Tetapi suatu hari (hanya Allah sahaja yang tahu) anda dan saya mungkin bertukar tempat.

Apabila anda disemadikan dengan aman, saya akan bangkit dengan pantas untuk menyambung dan menyempurnakan tugasan yang anda telah mulakan.Saya akan terus menyediakan makanan, pakaian, tempat tinggal dan saya juga akan menyediakan pendidikan dan perubatan sekiranya diperlukan.

Apabila tugas anda selesai, tugas saya baru bermula. Melalui saya, tangan anda terus berbakti dan melalui saya cinta anda kepada keluarga tersayang tidak pernah berkubur begitu juga kenangan dan cinta isteri anda dan anak-anak anda akan terus mekar walau ditelan zaman.

Setiap kali anda rasa terbeban untuk membayarku setiap bulan tapi ingatlah saya akan berbakti setelah ketiadaan anda. Saya akan melakukan tugas lebih baik daripada anda, walau anda kadangkala mengeluh ketidakcukupan untuk membayarku setiap bulan, Namun pengorbanan wang ringgit anda tidak saya persiakan. Saya akan membalas budi, membayar lebih tinggi dari nilai sumbangan anda setiap bulan.

Yang Benar

Polisi Hayat Takaful Anda


Read more...

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP