Pasaran masih luas...

12 April 2010

Wahai saudara saudariku sesama Islam. Bangkitlah dari tidurmu. Bangunlah dari mimpi. Sedarlah dikala anda sedang tidur, bangsa asing yang bukan islam sudah jauh meninggalkan anda maju ke hadapan. Adakah maruah sudah tergadai baru nak terjaga, tapi benarlah bak peribahasa melayu (orang melayu juga yang buat) sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna... Asal peribahasa ini mungkin menyedari bangsa kita memang terkenal dengan bangsa yang sangat kreatif dan akibat dikenali bangsa kreatif maka Melayu mudah lupa sesuatu walhal menjadi satu sikap yang telah sebati dikalangan Melayu dahulu kala. Iaitu tolong menolong...namun sikap tolong menolong sudah tidak ada dikalangan kita khususnya orang Islam. Inilah puncanya kita ditindas oleh bangsa asing kerana kita tidak menyintai produk kita iaitu produk islam sendiri.

Umat islam hari ini sepatutnya menyedari, untuk mengembangkan syiar Islam dan kekuatan Islam adalah dengan memberi sumbangan berbentuk duit, tenaga atau buah fikiran. Sumbangan andalah yang akan membangunkan islam itu sendiri selain meningkatkan martabat umat dari kekangan kuasa kuffar.

Tahukah anda ? Kenapa anda perlu joint sebagai wakil takaful?

  • Bilangan rakyat di Malaysia adalah 26 juta orang. Potensi pasaran masih luas.
  • 14 juta penduduk beragama Islam. So Takaful boleh diberi kepada mereka apa yang penting buka mulut.
  • 750 ribu orang Melayu memiliki insuran konvensional, so tugas sebagai wakil takaful agar dapat memberi maklumat tepat kepada umat Islam agar bertukar ke Takaful yang lebih bersih, suci dan halal lgi berkat.
  • Hanya 250 ribu sahaja yang memiliki takaful.
  • 13 juta lagi tidak memiliki takaful. Bayangkan jika 13 juta ini memasuki takaful sudah tentu syiar Islam makin bercambah.
  • Tahukah anda, bayi yang baru dilahirkan setiap tahun berjumlah 480 ribu orang.
  • Seramai 260 ribu bayi dilahirkan adalah bayi Melayu
So apa yang peranan anda, menjadi wakil takaful adalah pekerjaan mulia berbanding kerja lain...Fikirkan...

Read more...

Jika Caruman Anda Tertunggak Lebih Sebulan,Tuntutan Anda Akan Ditolak

11 April 2010

Sekadar ingin berkongsi dengan anda bahawa Etiqa Takaful kini telah mula menguatkuasakan tindakan jika Caruman takaful yang tertunggak lebih daripada sebulan bagi caruman setahun atau 15 hari lewat bagi caruman bulanan. Apakah kesannya? Ya, syarikat takaful sememangnya tidak mengenakan sebarang cas “interest” atau “panelty” ke atas pencarum jika lewat carum. Tetapi tindakannya menggantungkan semua manfaat yang dijanjikan seperti didalam polisi dan manfaat dibuka semula setelah tunggakan selesai. Ini bermakna, jika dalam tempoh tunggakan berlaku anda ditimba sebarang musibah, tuntutan anda tidak akan diterima.

Itulah yang berlaku kepada kebanyakan pelanggan kini. Saya sebagai wakil takaful secara peribadinya terasa agak kecewa kerana tuntutan di tolak namun saya terpaksa akur ia diluar kawalan dan tanggungjawab kami kerana tidak mampu memaksa pelanggan mencarum secara konsistan tanpa sebarang tunggakan. Tanggungjawab untuk menabung sambil berlindung setiap bulan adalah komitmen diri anda sendiri bukan wakil anda. Jadi jika anda tidak membuat caruman sebanyak satu bulan, syarikat masih menerima sebarang tuntutan. Tetapi jika caruman anda tertunggak sehingga 3 bulan ke atas, bagaimana? Adalah tidak adil jika anda menyalahkan wakil anda kerana tidak mengingatkan anda perkara tersebut. Anda sendiri semestinya menyedari berapa lama anda tidak mengagihkan wang gaji anda setiap sebulan untuk takaful. Anda mengetahui caruman takaful adalah satu “force saving” dan penting sewaktu kecemasan, bagaimana anda boleh mengambil ringan soal caruman bulanan dan mengharapkan orang lain atas tanggungjawab sendiri? Oleh itu, bertanggungjawablah di atas diri sendiri jika tuntutan anda di tolak. Anda boleh mendapatkan maklumat tunggakan anda di talian bebas tol 1300 135 135 sepanjang waktu berkerja.

Sebagai wakil, tanggungjawabnya adalah pemudah cara bagi urusan-urusan pengurusan.

Contoh di dalam kes ini, jika anda ingin membuat tuntutan, anda tidak perlu ke kaunter takaful dan menghantar tuntutan. Anda juga tidak perlu membuat sebarang “follow up” tentang tuntutan anda. Anda hanya perlu sediakan dokumen-dokumen yang diperlukan dan semuanya akan diuruskan oleh wakil anda. Jika Wakil maklum dokumen tidak lengkap, dan perlukan dokumen tambahan, mengapa mesti rasa marah dan leceh sedangkan anda sudah cukup dimanjakan dari awal anda menyertai takaful? Saya agak kecewa berdepan dengan pelanggan-pelanggan yang kurang bersyukur dengan perkhidmatan sepenuh masa wakil yang mereka terima. Ada masanya wakil juga harus bertegas agar pelanggan lebih hormat dan menghargai peranan wakil mereka. Dalam erti kata lain, jika caruman anda tertunggak atau Jika dokumen tidak lengkap jangan salahkan wakil anda tuntutan anda ditolak. Anda sebagai perserta takaful, sepatutnya memudahkan wakil anda dalam menguruskan tuntutan anda bukan melengah-lengahkan penyediaan dokumen yang diperlukan. Perlu diingatkan, jika dokumen tuntutan anda tidak lengkap, tuntutan anda tidak akan diproses. Adalah salah sama sekali anggapan syarikat takaful adalah penipu sekiranya anda adalah punca tuntutan anda digantung ke tepi. Dalam kekecewaan, saya tetap bersyukur kerana bukan semua pelanggan saya yang bersikap begitu. Ada juga yang dapat menerima berita tuntutan mereka ditolak akibat silap sendiri tidak mencarum secara konsistan dan berjanji akan membuat potongan bank setiap bulan. Peserta bijak begini lah yang perlu dicontohi. Masalah ini tidak akan timbul lagi! jadilah peserta yang bijak. Jangan cepat melatah apabila tuntutan anda ditolak dan terus ingin menutup polisi. Sekiranya anda teruskan caruman yang konsistan dan baik, kemudian tuntutan diminta lagi tiada masalah untuk anda memilikinya sepanjang tempoh polisi berkuatkuasa. Apakah beza dahulu dan kini? Kalau dahulu ( sepanjang 5 tahun yang sudah) syarikat kurang mengambil berat soal tunggakan dan tindakan terus membayar tuntutan walaupun anda tertunggak 2 tahun! Namun kini setelah berada di bawah naungan Maybank group, penguatkuasaan tindakan telah berjalan secara satu persatu. Oleh itu, saya sebagai wakil anda ingin mengingatkan anda berkenaan dengan isu ini. Tolong ambil perhatian. Harap anda lebih serius dan bertanggungjawab di dalam caruman bulanan takaful anda. Setakat ini dahulu perkongsian pada kali ini.

Read more...

Celik Mata Buta Hati

05 April 2010

Assalammualaikum

Baru-baru ini, minggu amanah saham telah diadakan di GIANT, berbagai-bagai karenah prospek dan masyarakat yang dapat saya perhatikan dan pelajari. Sedikit sebanyak dapat mempelajari ragam dan selok belok antara manusia yang benar dengan mereka yang bertopengkan manusia.

Bila ditanya, abang ada dah takaful? Jawapan sudah pasti ADA. Golongan ini samada ada atau tidak (saja nak mengelak) yang pasti mereka ini jenis kelam kabut...orang bz. Bz dengan hanya mencari gula risau gula habis kat GIANT atau mungkin ada urusan penting dan saya taklah nak siasat apasal nak rush...siapa saya ...kalau mungkin ditanya kepada golongan ni mungkin tak lain tak bukan hanya seorang jurujual...betapa dangkalnya orang cam ni...bukan semua...

Tetapi bila ditanya takaful apa ada? Katanya ada kat rumah...Ni lagi teruk...tak faham soalan...tanya apa plan diambil dia kata kat rumah. Memang jenis bayar bulan2 tetapi tak pernah ambil tahu polisi perlindungannya...Ni jenis mangkuk hayun...

Dah ada takaful? Takpe saya dah ada insurans *@#$^& , kawan saya approach saya dah lama ambik dengan dia. Bila ditanya insurans *@#$^& itu konvensional dia kata takper kawan punyer pasal. Ni bolehlah diistilah B*D*H otak letak kat lutut. Iman letak kat kaki...sebab dah tak tahu membezakan mana halal mana haram. Dah banyak sangat makan benda haram atau dah banyak makan budi kawan. Sorrylah yer kalau terasa...yang pasti aku dah lepas...ko ikutlah kawan ko tu ...

Melayu memang mudah lupa...

Read more...

Surat buat kakitangan kerajaan...

04 April 2010

Bilakah anda akan bersara atau bilakah anda akan pencen?

Mungkin sekitar umur anda 55 atau 58 tahun. Hari ini anda mungkin 25 tahun usia begitu mudah untuk jauh bersara. Mungkin tidak penting untuk anda merancang persaraan anda. Hari ini anda berbelanja RM50 sehari. Anda bergaya semuanya mewah...

Bayangkan umur anda sekitar 60 tahun setelah beberapa tahun bersara, mungkin anda ada pencen dan pencen anda mungkin dibayar separuh dari gaji anda...dan anda terpaksa berbelanja RM25 sehari. Tiada sudah baju berjenama, makan di luar. Anda kini terpaksa berjimat cermat di usia emas anda.

Tapi TAHUKAH ANDA? Saya boleh membantu anda untuk mengekalkan gaji anda walau anda pencen sekalipun. Nak tahu caranya...hubungi saya...

Read more...

Register Mayban2u.com.my

02 April 2010

Mungkin ada tertanya-tanya...guide semalam adalah untuk mereka yang dah sign-up maybank2u.com.my, hari ni saya akan bagi guide line untuk daftar dari ATM mesin...selamat mencuba...

I'm a Maybank customer with a Maybank ATM/credit card

  1. Go to any Maybank ATM.
  2. At the main menu, select Maybank2u Services.
  3. Select Maybank2u Application.
  4. Key in your own 6-digit Maybank2u.com Personal Identification Number (PIN).
  5. Key in the same PIN again to confirm. For security reasons, your PIN will not be printed on the receipt.

How to login

  1. Go to www.maybank2u.com.
  2. Select Login, then Login for new users.
  3. Read the Terms and Conditions carefully and click on the Accept button.
  4. The Welcome page will appear. If you do not see this page, your browser may need to be upgraded.
  5. In the Access Number field, enter the ATM/credit card number that you used to apply for your Maybank2u.com PIN at the ATM.
  6. Enter the 6-digit Maybank2u.com PIN that you selected and click Activate.
  7. A new login screen will appear. Select your preferred username and password. Please use this username and password for all future access.
  8. To pay bills with other credit cards (not Maybank), login and select 'Add/Remove Credit Card' under 'Payments'.

Read more...

Bagaimana cara-cara membayar caruman takaful keluarga secara online?

01 April 2010

Assalamualaikum semua,

Apa khabar? Tanpa disedari kita sudah berada ditahun 2010. Tidak ketinggalan untuk ucapan selamat tahun baru hijrah kepada semua pembaca yang dihormati.Atas keprihatinan saya, saya sediakan cara-cara untuk membayar caruman takaful bulanan anda secara online iaitu melalui Maybank2u. Untuk mendapatkan penyata yang terkini sila hubungi khidmat pelangan etiqa di talian 1300 135 135 agar ia dapat difaxkan secara terus kepada anda. Selamat Mencuba!

Step 1: To register bill payment (Optional)



1.Go to Online Bill Payment > Bill Registration
2.Choose Corporation Name: Etiqa Takaful Berhad Family
3.Click Next button.

1.Enter your policy number at Bill Account No. Section
NOTE: Ensure your policy number is starting with 3 alphabets following with 9 digits.
2.Enter the policy holder name at Bill Account Holder Name section.
3.Click register button.
The system will request for TAC number.


4.Click at Request TAC link.
NOTE: The TAC number will only be send to your maybank registered mobile number.


Enter the TAC number and click confirm button.

Your policy number has been registered once the status is successful.
Note: only 9 bill registration is allowed. You can now proceed for policy payment.
Step 2: Policy Payment
Go to Online Bill Payment > Registered Payment
Choose Corporation Name: as per your registered policy in step 1
Click Next button.

Enter policy amount and click Next button.
Check the policy info and click Confirm button.



Your payment has been made once the payment status is Successful.


To print receipt of payment, click the Print Receipt button.
NOTE: Pls keep this receipt as evidence of payment. Etiqa Takaful will only provide you statement of account on every 6 months.
-good luck!-

Read more...

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP